Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

TMJ Disahkan Presiden FAM...

KUALA LUMPUR - Tunku Ismail Sultan Ibrahim hanya akan disahkan sebagai Presiden Persatuan...

Tak Ada Yang Kacau...

Dugaan awal kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru di pilihanraya kecil Parlimen Rompin nyata...

Malaysia Boleh Belajar Dari...

BEIJING – Malaysia perlu belajar daripada China tentang bagaimana sebuah negara besar dengan...

Terima Kunjungan Delegasi SSEAYP

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee hari...

Mangsa Banjir Di Kemaman Meningkat Setakat 4 Petang Ini

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Kemaman meningkat kepada 1,332 orang daripada 319 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 997 orang daripada 247 keluarga pada tengah hari.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri (JPBN), bagi keseluruhan Terengganu, mangsa yang terlibat ialah 1,690 orang daripada 442 keluarga yang ditempatkan di 19 pusat pemindahan.

Di Kemaman, mangsa banjir ditempatkan di 14 pusat pemindahan manakala di Dungun, 358 orang daripada 123 keluarga ditempatkan di lima buah pusat pemindahan.

Bagaimanapun keadaan banjir di Hulu Terengganu dan Marang sudah surut dengan kesemua lapan pusat pemindahan di kedua-dua daerah telah ditutup pada 4.15 petang tadi.

Keadaan cuaca petang ini dilaporkan cerah.

Sementara itu di Kelantan, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Jajahan Kuala Krai kekal 54 orang petang ini, sama seperti tengah hari tadi.


Menurut Portal eBanjir Negeri Kelantan, seramai 47 orang daripada 14 keluarga dari Kampung Ghucil 7 di sini ditempatkan di Dewan Pejabat Veterinar Kuala Krai manakala tujuh orang daripada satu keluarga dari Kampung Olak Jeram berada di Madrasah Mesek di sini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Mohammad Hanafi Maulud, ketika ditemui selepas melawat mangsa banjir itu berkata barangan keperluan termasuk makanan dan selimut telah diagihkan kepada penduduk terbabit.

Beliau berkata kesemua mangsa banjir itu berada dalam keadaan selesa dan agensi kerajaan yang lain turut membantu di pusat pemindahan tersebut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori