Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lengan Kiri Hancur Digilis...

BINTULU: Lengan kiri seorang pekerja lelaki di sebuah kilang sawit di Jalan Tanjung...

Video: Ini Cara Betul...

JENAMA automotif terkenal seperti Porshe, BMW, Audi, Honda dan Mercedes Benz mungkin sudah menjadi kebiasaan...

Projek Rapid Berjalan Lancar...

JOHOR BAHARU - Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak Petrokimia (RAPID) Pengerang berjalan lancar...

Jantina Anak Panda Gergasi...

KUCHING - Ibu panda gergasi yang terlalu melindungi membuatkan sehingga kini anak panda...

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat Lebih 1,000 Orang

ALOR SETAR – Seramai 1,060 mangsa banjir di beberapa kawasan di Kedah ditempatkan di lebih 10 pusat pemindahan sementara ekoran banjir kilat dan air pasang besar yang berlaku sejak 2 hari lepas.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sebanyak 13 pusat pemindahan dibuka iaitu di daerah Kuala Muda, Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Pendang.

Katanya, seramai 55 orang dipindahkan ke Pusat Pemindahan (PP) Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, di PP Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak (enam), di PP Surau Assyakirin Kepala Batas (53), dan PP SK Alor Mengkudu (26) manakala PP Dewan Kampung Balai, di Kuala Kedah (20).

Pusat pemindahan lain yang turut dibuka ialah PP SK Bukit Hijau, Pokok Sena membabitkan 12 orang mangsa, PP Surau Kampung Kubang Betong, Kubang Pasu (108), PP SK Kodiang Lama (46) manakala PP SMK Changloon seramai 148 orang.

Turut dibuka ialah PP Dewan Cenderawasih di Pendang yang melibatkan seramai 41 orang.
Selain itu, 3 pusat pemindahan banjir masih beroperasi di daerah Kuala Muda iaitu PP SK Bukit Kechil dengan 390 mangsa, PP Dewan Kampung Jilid Lapan (44) dan PP Dewan Kampung Sungai Pial (111).


Semalam, hujan berterusan serta air pasang besar menyebabkan 149 keluarga dengan 669 mangsa dipindahkan di lima pusat pemindahan banjir seluruh negeri ini.

Malam tadi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah turut melawat mangsa banjir di Kuala Muda. – Bernama

Kategori