Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perlis Tewas 0-1 Kepada...

KANGAR – Perlis gagal mengekalkan rentak kemenangan yang diimpikan apabila tewas kepada UiTM...

RM500,000 Untuk Muay Thai...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan...

Asfan Lebar Sayap Dalam...

TERKENAL menerusi lagu ‘Alasan Untuk Bahagia’, Asfan Shah berhasrat melebarkan sayap dalam bidang...

iPhone 6 Dan iPhone...

Apple secara rasminya memperkenalkan dua telefon pintar baru di bawah keluarga iPhone, iaitu...

Manchester City Mahu Jalin Kerjasama Dengan JDT

KUALA LUMPUR – Kelab gergasi bola sepak England, Manchester City menyatakan hasrat untuk mengadakan kerjasama dengan Juara Liga Super 2014, Johor Darul Takzim (JDT).

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dalam satu kenyataan media memberitahu, wakil Manchester City telah memohon perkenan untuk bertemu dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi tujuan itu.

“Wakil Manchester City telah memohon perkenan untuk bertemu dengan TMJ merangkap Presiden PBNJ pada 12 Januari 2015.

“Mereka akan membincangkan mengenai pembangunan bola sepak kedua-dua pasukan dan peluang bekerjasama dengan pasukan JDT,” kata kenyataan itu hari ini.


Bola Sepak Johor sejak diterajui TMJ mendapat perhatian banyak pasukan bola sepak ternama antarabangsa yang menyatakan hasrat untuk menjalinkan kerjasama.

Sebelum ini JDT dikunjungi wakil pasukan dari Jepun, Hokkaido FC, Borussia Dortmund (Jerman), Valencia CF (Sepanyol) yang menyatakan kesediaan untuk mengadakan kerjasama. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=-5eASv-u2Ig

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori