Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Polis Marin Rampas Mercun,...

PASIR PUTEH - Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubur merampas 1,210 kotak mercun...

Selepas Singapura, Indonesia Larang...

JAKARTA – Ketika kedai serbaneka di Malaysia bebas menjual minuman keras tanpa had,...

Cemerlang SPM 18A Tapi...

BATU PAHAT - Padah cuba cium pipi Sultan Johor ketika program Kembara Mahkota...

Sukarelawan JPAM T’ganu Jalani...

KUALA NERUS - Kira-kira 2,500 anggota sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu...

Malaysia Tidak Yakin Dengan Pakatan Pertahanan – Dr M

LONDON – Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pada Isnin bahawa Malaysia tidak begitu yakin dengan pakatan pertahanan.

“Kami mahu bebas, dan mempunyai dasar kami sendiri,” katanya selepas menyampaikan ceramah mengenai “Masa Depan Demokrasi di Asia” di Chatham House, Royal Institute of International Affairs di sini.

Ditanya mengenai perancangan pertahanan masa depan Malaysia, Dr Mahathir berkata bergabung dengan sekumpulan negara dalam bidang pertahanan akan mengakibatkan Malaysia terlibat dalam politik mereka.

Beliau berkata walaupun Malaysia mempunyai Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) dengan negara berkenaan memutuskan untuk bekerjasama, itu tidak bererti Malaysia perlu mengikuti dasar mereka.

“Kami boleh mempunyai dasar (pertahanan) kami sendiri,” kata beliau.

FPDA yang ditandatangani pada 1971, menggabungkan Malaysia,Singapura, Australia, New Zealand dan United Kingdom.

Dr Mahathir juga menekankan bahawa beliau tidak mahu negara luar menempatkan pangkalan tentera mereka di Malaysia.

“Kami mahu bebas dari sebarang penglibatan negara lain,” katanya.

Berhubung soal menguruskan tuntutan ke atas isu-isu yang timbul membabitkan negara jiran seperti Singapura, Dr Mahathir berkata walaupun rundingan tidak begitu berhasil, Malaysia tidak berniat untuk berperang dengan mereka.


Beliau mendakwa Singapura lebih kuat dari Malaysia walaupun saiz mereka kecil, dan ini menyebabkan hadirin yang memenuhi dewan tertawa berdekah.

“Saya tidak nampak perang boleh selesaikan (isu). Kami akan terus berunding walaupun mungkin tidak membawa hasil,” kata beliau.

Dr Mahathir juga mencadangkan mereka yang membuat tuntutan merujukkan kes ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa selalunya disebut Mahkamah Dunia, tetapi kedua-dua pihak sebelum itu mesti bersetuju untuk menerima apa jua keputusan dibuat mahkamah itu.

Malaysia, katanya, telah merujuk dua kes penting ke Mahkamah Dunia.

Dalam pertikaian dengan Indonesia, yang nampaknya beliau merujuk kepada pertikaian sempadan Ligitan dan Sipadan, Dr Mahathir berkata Mahkamah Dunia dengan ‘bijaksana’ mengisytiharkan bahawa kawasan itu milik Malaysia.

Sebaliknya, dalam pertikaian Pulau Batu Putih dengan Singapura, beliau berkata mahkamah bertindak ‘tidak bijak’ dengan memutuskan ia milik Singapura.

“Kadang-kadang kita untung, kadang-kadang rugi,” kata beliau menyebabkan hadirin sekali lagi tertawa berdekah, dan beliau menambah, “bila anda ke Mahkamah Dunia, anda berada di bawah ehsan hakim.” – BERNAMA

Kategori