Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PBS Tolak Cadangan Pulau...

KOTA KINABALU - Sayap pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) menolak cadangan Ketua Menteri,...

Wanita Kongsi Pengalaman Ditipu...

KISAH ini asalnya dikongsikan di pautan Facebook Noru Akmal, menceritakan bagaimana pengalamannya ditipu...

Pendekatan Menyeluruh Dalam Proses...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memastikan pendekatan menyeluruh diambil dalam penggubalan dasar demi...

Mourinho Komen Perpindahan Mahal...

JOSE Mourinho percaya rancangan perpindahan rekod dunia Neymar dari Barcelona ke Paris St-Germain...

Malaysia Terus Main Peranan Utama Rundingan Selatan Thai

Malaysia akan terus memainkan peranan utamanya dalam rundingan damai di Selatah Thailand berdasarkan tiga prinsip utama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib berkata prinsip berkenaan adalah mesti ada tempoh bertenang dan semua pihak mesti menghormati undang-undang.

“Prinsip kedua adalah penting rundingan damai itu diwakili semua pihak terbabit.

“Ketiga, semua pihak bersetuju permintaan pihak berkenaan disatukan,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-O Cha ke Malaysia hari ini.

Menurut beliau, usaha Malaysia dalam rundingan damai itu juga telah diiktiraf oleh Thailand memetik laporan laman web bnbbc.my.


“Prayut mengiktiraf peranan Kuala Lumpur sebagai orang tengah dalam rundingan berkenaan,” katanya.

Prayut hari ini melawat Malaysia selama sehari bersama 19 anggota delegasinya.

Lawatan beliau ke Malaysia hari ini merupakan yang pertama selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand 25 Ogos lepas. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori