Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

7 Merusuh Semasa Pemilihan...

SHAH ALAM – Polis menahan tujuh individu bagi bantu siasatan kejadian merusuh semasa...

“Tuduhan Itu Amat Berat”...

KLUANG - Kementerian Kesihatan akan menghantar surat rasmi kepada kerajaan Singapura sebagai tanda...

Peneroka Kaum India Di...

ROMPIN - Peneroka kaum India di beberapa Felda di Rompin tidak rasa tersisih,...

Akta Kawalan Harga &...

BAGAN DATUK - Cadangan pindaan Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 akan dibentang...

Teroka Usaha Tingkatkan Perdagangan, Kedatangan Pelancong

SOCHI (Rusia) – Malaysia dan Rusia meneroka usaha untuk mengadakan jalinan perhubungan yang lebih baik termasuk mewujudkan penerbangan terus serta meneroka perjanjian perdagangan bebas (FTA) berkaitan bagi meningkatkan perdagangan dua hala dan kedatangan pelancongan.

Perkara tersebut antara yang disentuh dalam pertemuan dua hala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Rusia Vladimir Putin yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia, selama dua hari bermula Khamis, di sini.

Semasa pertemuan 30 minit itu, kedua-dua pemimpin turut bersetuju agar Malaysia dan Rusia berbincang lanjut untuk memastikan tindakan keadilan dicapai dalam insiden pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada Julai, 2014 selepas laporan pembentangan oleh Pasukan Penyiasat Bersama (JIT).

Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas pertemuan dengan Putin itu, Najib berkata beliau dan Presiden Rusia itu mengambil maklum bahawa hubungan perdagangan Malaysia-Rusia berada dalam tahap memuaskan tetapi belum ke tahap “memberangsangkan”.

“Jadi potensinya amat luas untuk dikembangkan,” katanya, sambil menambah bahawa Malaysia akan meneroka peluang rundingan untuk perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Kesatuan Ekonomi Eurasian (EAEU), iaitu Rusia adalah antara negara utama dalam kesatuan itu.

Katanya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengadakan perbincangan dengan kementerian berkaitan di Rusia untuk membuat tinjauan rundingan berkaitan FTA EAEU berkenaan.

Najib berkata beliau membangkitkan potensi pelancongan kepada Putin supaya pelancong Rusia mempertimbangkan Malaysia sebagai destinasi yang selamat untuk dikunjungi.

Bagi meningkatkan kedatangan pelancongan Rusia yang mempunyai kuasa membeli yang tinggi, berkunjung ke Malaysia, Najib berkata beliau mencadangkan untuk diadakan penerbangan terus Kuala Lumpur-Moscow dan meningkatkan kekerapan pesawat sewa khas.

Beliau berkata syarikat penerbangan Malaysia seperti Malaysia Airlines dan AirAsia wajar melihat peluang dalam cadangan penerbangan terus Kuala Lumpur-Moscow itu.


Dalam pertemuan itu, Najib turut mengulangi pendirian Malaysia mahu memastikan insiden MH17 sampai ke penghujung dengan memberi kepuasan kepada keluarga mangsa untuk mendapat keadilan.

Najib berkata, beliau dan Putin setuju supaya tindakan lanjut mengenai perkara tersebut ditentukan selepas JIT membentangkan laporannya yang dijangkakan pada Oktober ini.

“Selepas JIT dibentangkan, Malaysia dan Rusia akan bincang apa yang akan dilakukan untuk tindakan lanjut. Kita akan teruskan usaha ini (untuk dapatkan keadilan),” katanya.

Pada 17 Julai 2015, Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) merumuskan dalam siasatannya bahawa jet Boeing 777 itu terkena peluru berpandu buatan Rusia, BUK yang dilancarkan dari wilayah yang dikuasai pemberontak pro-Rusia tanpa menyatakan pihak yang bertanggungjawab dalam nahas tersebut setahun sebelum itu.

Namun, pihak Rusia kemudian menafikan perkara itu dan meminta Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) membuka siasatan baharu terhadap nahas pesawat MH17.

Dalam pertemuan Najib dan Putin itu, kedua-dua pemimpin juga bersetuju agar Kuala Lumpur dan Moscow bekerjasama dalam menangani keganasan melampau.

Turut disentuh dalam pertemuan itu ialah kerjasama ketenteraan dengan Rusia menyatakan kesediaan membekalkan teknologi pertahanan terkini kepada Malaysia termasuk dalam penyelengaraan pesawat tentera udara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori