Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Polis Rampas Hampir 70kg...

IPOH - Polis menahan tiga anggota sindiket pengedaran dadah dan merampas ganja seberat...

4 Lelaki Curi Kerbau...

BUKIT MERTAJAM - Empat lelaki dipercayai anggota geng curi lembu dan kerbau berpura-pura...

WetWorld Nafi Taman Tema...

PENGURUSAN taman tema Wetworld menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial kononnya...

Biadap! Ariana Grande Kantoi...

VIDEO yang memaparkan penyanyi kecil molek Hollywood, Ariana Grande, yang dipercayai telah menjilat...

Malaysia Perlu Waspada Cabaran Thailand

ALOR SETAR – Walaupun dilihat berada dalam kumpulan selesa, skuad negara belum mempunyai jaminan mendapat laluan mudah pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2018, bulan depan.

Skuad lelaki negara diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Thailand dan Taiwan yang boleh menjadi pencabar terkuat pada saingan itu yang akan berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah dari 6 hingga 11 Feb depan.

Selain Malaysia, Thailand dan Taiwan, turut berada dalam Kumpulan C adalah Myanmar.

Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Ng Chin Chai berkata berdasarkan undian berlangsung hari ini, skuad negara perlu berhati-hati dengan pasukan Thailand yang mampu menghalang skuad negara daripada menghuni tangga teratas kumpulan.

“Berdasarkan pemain yang kita ada sekarang, saya rasa kita ada peluang baik untuk menang ke atas Taiwan. Tapi kita ada satu lagi pasukan, Thailand yang mampu menghalang kita untuk jadi juara kumpulan.

“Thailand dijangka memberi tentangan sengit kepada kita. Walaupun kita beri fokus kepada Taiwan, kita perlu berhati-hati dengan Thailand,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis undian Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2018 di sini hari ini.

Kejohanan Badminton Berpasukan Asia juga menjadi medan untuk kelayakan ke pusingan akhir Piala Thomas dan Uber yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand dari 20 hingga 27 Mei depan.

Berdasarkan format pertandingan, dua pasukan teratas kumpulan layak ke suku akhir.

Malaysia sekurang-kurangnya perlu mara ke separuh akhir untuk mendapat tiket pusingan akhir Piala Thomas secara merit.

Kegagalan untuk menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik kejohanan memerlukan mereka menunggu keputusan pasukan lain dan ranking dunia untuk meraih tiket ke Piala Thomas.


Pilihan utama, China mengetuai Kumpulan A bersama-sama Hong Kong dan Singapura, manakala pilihan kedua, Indonesia dijangka tidak menghadapi masalah untuk melepasi Kumpulan D yang turut dianggotai India, Filipina serta Maldives.

Kumpulan B pula menyaksikan juara 2014, Jepun akan berentap dengan Korea Selatan, Nepal serta Kazakhstan.

Sementara itu, bagi skuad wanita, Chin Chai berkata pasukan negara tidak berdepan masalah untuk layak ke suku akhir.

“Bagaimanapun, kita berharap mereka mampu menundukkan Thailand untuk berada di kedudukan teratas kumpulan sekali gus mendapat undian lebih baik di peringkat suku akhir,” katanya.

Malaysia diundi dalam Kumpulan Y bersama-sama Thailand, Vietnam dan Filipina.

Pilihan utama, Jepun berada dalam Kumpulan W bersama-sama India dan Hong Kong, manakala pilihan kedua, China dalam Kumpulan Z yang dibarisi Indonesia dan Singapura.

Korea Selatan, Taiwan dan Maldives berada dalam Kumpulan X. – BERNAMA

Kategori