Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

India Nafi Sekat Import...

NEW DELHI - Menteri Perdagangan India, Piyush Goyal menafikan bahawa negara itu telah...

Suri Rumah Terkejut, Daging...

China – Seorang wanita yang mahu memotong daging untuk dijadikan stik terkejut apabila...

Hakisan: Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala...

HULU TERENGGANU - Laluan di Seksyen 85, Jalan Persekutuan 185, Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala...

Ku Li Jumpa Amanah...

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan sedang menyusun strategi dan kerjasama...

Malaysia Peneraju Strategi Keselamatan Siber ASEAN

KUALA LUMPUR – Malaysia muncul sebagai sebuah daripada negara yang paling progresif dalam Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dari segi strategi keselamatan siber, menurut penyelidikan baru yang ditugaskan oleh Cisco.

Penyelidikan yang dijalankan firma perunding pengurusan global A.T. Kearney, menonjolkan strategi canggih keselamatan siber Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Urusan Cisco Malaysia, Albert Chai berkata, kepemimpinan Malaysia di bidang ini berpunca daripada inisiatif seperti penubuhan sebuah agensi kebangsaan untuk menyatu dan menyelaraskan agenda keselamatan siber, menggubal rang undang-undang keselamatan siber dan rancangan komprehensif untuk membangunkan profesional keselamatan siber bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

“Malaysia berada dalam kedudukan untuk memacu agenda keselamatan siber bersepadu di ASEAN, terutama dalam bidang pembangunan strategi naisonal, penciptaan kesedaran dan pembinaan keupayaan.

“Serangan siber rentas sempadan membuka peluang kepada kerajaan Malaysia untuk bekerjasama dengan pakar keselamatan siber, penggubal dasar, penggiat industri dan pembuat keputusan perniagaan di rantau ini untuk memperkukuh daya tahan ASEAN,” katanya.

Beliau berkata, laporan penyelidikan yang bertajuk ‘Keselamatan Siber dalam ASEAN: Gesaan untuk Tindakan’ juga menyerlahkan yang syarikat di seluruh ASEAN menghadapi peningkatan risiko serangan siber, yang mendedahkan mereka kepada penyusutan US$750 bilion (US$1=RM3.90) dalam permodalan pasaran semasa.


Peningkatan risiko itu disebabkan beberapa faktor, termasuk kemunculan teknologi baru seperti Internet Perkara, ketiadaan rangka urus kerja tadbir bersepadu serantau, kekurangan bakat mahir, meremehkan risiko dan kekurangan pelaburan, katanya.

Chai berkata, walaupun mempunyai komitmen tinggi kepada keselamatan siber, Malaysia dan negara-negara ASEAN lain kurang berbelanja dalam bidang ini, dengan purata 0.06 peratus daripada gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK).

“Malaysia sebaliknya hanya membelanjakan lebih sedikit daripada purata serantau pada 0.08 peratus daripada KDNK tahunannya, separuh daripada purata perbelanjaan pasaran matang seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman,” katanya. – BERNAMA

Kategori