Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

600 Tong Gas Bertaburan...

SEREMBAN - Sebuah lori gas petroleum cecair (LPG) terbabas menyebabkan ratusan tong bertaburan...

Klip Audio: Najib, Rosmah...

MELAKA TENGAH - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri,...

Kalau BN Tawar RM300,...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menegaskan Kerajaan Barisan Nasional semasa pentadbirannya...

Mahfuz Umum Sertai PAN,...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Bebas Pokok Sena, Mahfuz Omar hari ini mengumumkan...

Malaysia Optimis Capai Sasaran WHO Perangi HIV/AIDS

MARAN – Malaysia dijangka mampu mencapai kadar penurunan kes baharu jangkitan HIV iaitu tidak melebihi 11 kes daripada 100,000 penduduk pada tahun ini selaras dengan sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor HIV/STI Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr Fazidah Yuswan berkata pihaknya optimis mampu mencapai sasaran itu berdasarkan kadar kes baharu yang dicatatkan pada tahun lepas iaitu 10.9 kes daripada 100,000 penduduk.

“Jangkitan baru HIV/AIDS di seluruh dunia mencatat penurunan sebanyak 35 peratus sejak tahun 2000, begitu juga kematian akibat AIDS yang menurun sebanyak 42 peratus.

“Malaysia mengikut trend dunia dalam hal ini dengan mencatat penurunan kes baharu HIV sebanyak 50 peratus berbanding tahun 2002 dan trend penurunan itu kekal mendatar sejak 2010,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari AIDS Sedunia 2016 Peringkat Negeri Pahang di sini hari ini.

Sambutan dengan tema ‘Akhiri AIDS: Teruskan Komitmen, Tingkatkan Usaha, Kukuhkan Pencegahan HIV’ dihadiri kira-kira 500 penduduk dari kawasan seitar.


Mengikut rekod kementerian, katanya 83 peratus daripada penghidap HIV di negara ini adalah lelaki, manakala 61 peratus pula adalah golongan muda berusia 20 hingga 39 tahun.

“Hampir 54 peratus faktor jangkitan adalah melalui hubungan seksual,” katanya.

Beliau berkata kerajaan dan semua pihak terlibat kini komited untuk mengakhiri AIDS menjelang tahun 2030 dengan mengambil pelbagai langkah proaktif termasuk mengadakan dokumen Pelan Strategi Kebangsaan Akhiri AIDS 2016-2030 untuk panduan semua agensi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori