Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Ketagih iPad Tidak...

WASPADA... Kanak-kanak ketagih menggunakan iPad dan telefon pintar mengakibatkan mereka cuba menukar halaman...

JPA Diarah Bantu Urusan...

GEORGE TOWN - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Borhan Dolah menzahirkan ucapan takziah...

Range Rover ‘Second Hand’...

KERETA mewah milik pemangku takhta DiRaja Britain, Putera William gagal terjual dalam satu...

Negara Perlu Ada Strategi...

KUALA LUMPUR - Malaysia wajar memiliki strategi khusus untuk mengenal pasti, menyelidik dan...

Malaysia Negara Penting Terbabit Dalam ASEM Ke-10

MILAN (Itali) – Malaysia menjadi antara negara yang berperanan penting dalam Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah ke-10 (ASEM) dan mesyuarat berkaitannya di sini.

Selain itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menjadi antara personaliti yang paling ‘dikehendaki’ untuk mengadakan pertemuan dan mendapatkan pandangannya sepanjang persidangan berkenaan.

Duta Besar Malaysia ke Itali Datin Paduka Halimah Abdullah berkata, sidang dua hari ASEM bermula Khamis yang menghimpunkan 53 negara dari dua benua, menjadi forum untuk negara dari Asia dan Eropah membincangkan masalah semasa seperti pertumbuhan ekonomi yang tidak memberangsangkan dan pengangguran di sesetengah negara Eropah.

“Ia memberi peluang bagi negara dari kedua-dua benua memberi penekanan bagaimana kerjasama dapat ditambah dan ditekan untuk pertumbuhan ekonomi negara dan cara untuk tambahkan pekerjaan untuk kurangkan masalah pengangguran,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan ASEM di sini Selasa.

Beliau berkata, Malaysia merupakan penyelaras Asean sempena ASEM kali ini yang bertemakan ‘Perkongsian Bertanggungjawab bagi Pertumbuhan Mampan’ yang akan berlangsung di Milano Congressi atau pusat persidangan MiCo.

Halimah berkata, Najib, yang akan tiba di Milan pada Rabu untuk menghadiri ASEM, akan memberi kenyataan pada sesi plenari pertama dan menghadiri sesi retreat ASEM.

Sepanjang persidangan itu juga, katanya, jadual Perdana Menteri turut padat dengan pertemuan dengan pemimpin seperti dari Hungary, Finland, Perancis, Lithuania, Norway, Vietnam dan Itali bagi membincangkan isu-isu dua hala dan kepentingan bersama.


Katanya pertemuan Najib dengan beberapa pemimpin negara seperti Jerman, Belanda dan Russia pula masih menunggu pengesahan.

“Pertemuan ini atas permintaan mereka (negara-negara terlibat) kecuali Itali.

“Kita (Malaysia) mohon untuk mengadakan pertemuan dengan Itali kerana kali terakhir pertemuan Malaysia dan Itali ialah pada 2007, jadi kita memang menunggu diadakan perbincangan dua hala antara Malaysia dan Itali,” katanya.

Halimah berkata, hubungan Malaysia dan Itali adalah ‘kukuh dan mesra’ melalui pertukaran lawatan dan jalinan kerjasama antaranya dalam bidang perdagangan dan pertahanan.

Dagangan Malaysia dan Itali pada 2013 berjumlah kira-kira Euro 2.2 bilion, peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata, Perdana Menteri juga dijemput untuk berucap pada sesi penutup Forum Perniagaan Asia-Eropah (AEBF), iaitu forum berkaitan ASEM, yang disertai kira-kira 300 ketua industri dan pemimpin korporat Asia dan Eropah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori