Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Berani Buat Berani Tanggung!

KUALA LUMPUR - Mereka yang terperangkap di kampung sewaktu musim perayaan ini akibat...

Skandal Vaksin Calar Imej...

SHANGHAI – Skandal vaksin di China mendatangkan kesan buruk terhadap pasaran ubat tempatan...

2 Pelakon Lucah Masuk...

LESEN seorang juruterbang Kuwait Airways ditarik balik selepas dia dilapor terlibat dalam salah...

Keris Hang Tuah Ditemui...

LONDON - Penemuan sebilah keris lama di dasar Sungai Towy mencetuskan persoalan misteri...

Malaysia Membenam Timor Leste Semalam

LARKIN – Malaysia meraih kemenangan pertama tahun ini di bawah bimbingan jurulatih, Datuk Ong Kim Swee selepas membenam Timor Leste 3-0 pada aksi pertama saingan play-off  Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, semalam.

Kemenangan itu menamatkan rentetan dua keputusan seri tanpa jaringan pada aksi persahabatan Mac dan Mei lalu menentang Macau serta Myanmar dan membawa kelebihan jaringan menjelang aksi timbal balik, Isnin ini.

Keputusan-Live-Malaysia-Timor-Leste-2-Jun-2016

Malaysia terpaksa mengharungi satu lagi perlawanan menentang Timor Leste juga di Larkin pada Isnin ini bagi mengesahkan tempat di pusingan kelayakan peringkat kumpulan Piala Asia. Penyerang Selangor, Ahmad Hazwan Bakri cemerlang pada perlawanan malam tadi,dengan menyumbangkan dua gol dan penyerang veteran, Amri Yahyah melengkapkan gol ketiga Malaysia.

Sebelum ini jentera serangan Malaysia tumpul apabila pihak lawan membuat asakan ke kubu Malaysia Tetapi Semalam Malaysia melakukan asakan ke gawang lawan sepantas mungkin sekali gus menyaksikan penguasaan jelas menjadi milik pasukan kebangsaan. Gol pertama dari Hazwan diperoleh pada minit ke-16 menerusi tandukan hasil daripada sepakan lintang Muhd Fazly Mazlan.

Empat minit kemudian, penjaga gol Timor Leste iaitu Ramos Maxxanches sekali lagi ditewaskan yang sekali lagi berpunca daripada gerakan Muhd Fazly bersama Ahmad Hazwan.


Malaysia Selesa mendahului 2-0, Kim Swee melakukan beberapa perubahan pada babak kedua yang berjaya mencetus peluang untuk menambah satu lagi gol.

Begitupun, gawang Malaysia hampir dibolosi selepas pemain lawan, Filipe Oliveira berjaya melepasi perangkap ofsaid namun rembatannya sedikit tersasar ketika penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan sudah tertewas.

tempFileForShare_2016-06-03-01-40-58

Tampil selaku pemain gantian lewat permainan, Amri Yahyah membuktikan kemampuan yang dimiliki dengan meledak gol ketiga, seminit selepas dimasukkan bagi memastikan Malaysia meraih kemenangan pertama tahun ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori