Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perancis Meningkatkan Amaran Keganasan...

PARIS: Kerajaan Perancis meningkatkan amaran amaran keganasannya ke tahap tertinggi susulan kes tembakan...

Datuk Vida Cadang Bida...

WOW, beruntungnya jadi anak Datuk Seri Vida! Masakan tidak, beliau sendiri mendedahkan bahawa dirinya...

Selangor Rekod Kes Bankrap...

KUALA LUMPUR - Selangor merekodkan kes bankrap tertinggi dengan 6,668 kes daripada jumlah...

Buaya Tembaga Timbul Apabila...

KUANTAN - “Bila jerit saja nama ‘Awang’ sambil baling bangkai dan kulit ayam...

Malaysia Masih Jalankan Kajian Tentang Teknologi Nuklear

GEORGE TOWN – Malaysia masih menjalankan penyelidikan meluas tentang teknologi nuklear, dan pada masa sama mendidik orang ramai mengenai tenaga itu.

Timbalan Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia (MNA) Dr Mohd Ashhar Kalid berkata berikutan itu, Malaysia tidak bercadang menggunakan nuklear sebagai sumber bagi menjana tenaga elektrik dalam tempoh terdekat.

“Kami belum bersedia untuk menerokai tenaga nuklear kerana kefahaman orang ramai tentang tenaga itu masih terlalu rendah.

“Banyak pihak yang masih belum bersedia mengenai tenaga nuklear,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Jangka Pendek Universiti Nuklear Dunia (WNU) di sini, hari Isnin.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan teknologi nuklear sebenarnya digunakan secara meluas termasuk dalam bidang perubatan, ujian makmal, kejuruteraan, penerbangan, alam sekitar serta tenaga hijau, yang bercanggah dengan kepercayaan bahawa nuklear hanya digunakan bagi membina senjata pemusnah bear-besaran.


Kursus itu, yang bertema ‘Gambaran Keseluruhan dan Topik Penting Dalam Dunia Industri Nuklear Hari Ini’, dianjurkan bersama oleh Universiti Sains Malaysia (USM), MNA dan WNU.

Objektifnya ialah untuk meningkatkan kepakaran institusi pendidikan nuklear baharu di Malaysia, di samping memenuhi keperluan bidang pendidikan dan latihan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Seminar tiga hari itu bermula hari ini dan dihadiri 60 peserta dari 22 negara serta tujuh pembentang kertas kerja mengenai teknologi nuklear. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori