Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Telan 5 Kilogram Durian...

BEIJING - Seorang wanita di China sanggup memakan lima kilogram durian dalam masa...

PSUAM Rayu Najib Diberi...

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) merayu kepada Yang di-Pertuan...

Majlis Angkat Sumpah MB...

JOHOR BAHRU : Siapa Menteri Besar (MB) Johor ke-19 dijangka terjawab petang ini.Ia...

Guan Eng Hanya Pandai...

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus menyindir Menteri Kewangan Lim...

Malaysia Mampu Menjadi Seperti Indonesia

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar percaya Malaysia akan mampu menjadi seperti negara republik Indonesia sekiranya pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU)

Pemimpin PAS pro-Pakatan Harapan itu mendakwa kononnya Indonesia kini menjadi sebuah negara yang amat demokratik selepas rakyatnya bangkit menumbangkan pemerintahan kerajaannya pada Mei 1998 melalui gerakan reformasi.

“Sejarah telah membuktikan apabila negara dalam bahaya yang amat sangat dan rakyat begitu terancam, maka akan ada *negarawan dan pihak yang bertentangan akan bersatu dan bersama.

“Begitu juga di Indonesia berlaku banyak pihak yang bertentangan akhirnya bersatu menentang Suharto dan melakukan reformasi untuk Indonesia yang lebih demokratik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mempertahankan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini bekerjasama dengan musuh politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menumbangkan UMNO.

Anwar pada tahun 1998 mencatat sejarah hitam negara apabila meniru gerakan reformasi di Indonesia dalam usaha beliau untuk menumbangkan pemerintahan Mahathir melalui rusuhan jalanan.

Beliau bertindak demikian selepas dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Mahathir selepas Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu mendapati Anwar terlibat dalam rasuah dan homoseksual, tetapi gagal lalu dipenjarakan.


Demokratik di Indonesia hasil daripada kerjasama tokoh pembangkang seperti yang dicanang Mahfuz pula menyaksikan hak umat Islam untuk murtad dan hak untuk suami dan isteri berbeza agama terpaksa dibenarkan di negara itu.

Agama Islam di Indonesia turut dibenarkan dipermainkan melalui hiburan seperti lagu berjudul ‘ALLAH Peduli’ oleh penyanyi popular walaupun kalimah ALLAH dalam lagu itu merujuk kepada Jesus.

`Demokratik’ yang diperjuangkan rakyat Indonesia melalui gerakan reformasi pada tahun 1998 itu turut menyaksikan jurang kekayaan yang semakin lebar dalam kalangan masyarakatnya sehingga sekarang. .

Pada tahun lalu iaitu tahun 2016, Indonesia muncul sebagai negara dengan jurang kekayaan dan kemiskinan tertinggi di dunia berdasarkan laporan institusi perbankan antarabangsa Credit Suisse.

Satu peratus golongan kaya di negara itu memiliki hampir separuh atau 49.3 peratus daripada seluruh kekayaan Indonesia. Ramai hartawan di negara itu berketurunan Cina walaupun mereka hanya mewakili lebih satu peratus daripada 250 juta penduduknya. – Mynewshub.cc

Kategori