Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perbincangan Lanjut Tangani Kebakaran...

CYBERJAYA - Malaysia akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Indonesia berhubung bantuan yang diperlukan...

Najib Mahu Puteri UMNO...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Puteri UMNO...

Sultan Kelantan Berkenan Ziarahi...

KOTA BHARU - Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan menziarahi Menteri Besar Kelantan...

Pelakon Power Rangers Ditahan...

BEKAS pelakon siri superhero Power Rangers, Ricardo Medina Jr. ditahan semula atas kesalahan...

Malaysia Letak Sasaran Satu Emas Di WSC 2015

MARAN – Malaysia meletak sasaran sekurang-kurangnya memperoleh sebutir emas dalam Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) yang akan berlangsung di Brazil dari 10 hingga 19 Ogos ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, jika sasaran tersebut berjaya dicapai, ia akan dapat menebus kegagalan kontinjen Malaysia untuk membawa pingat lebih 20 tahun lalu.

“Saya sebagai Ketua Kontinjen Malaysia menaruh harapan yang tinggi supaya kita akan dapat membuktikan kejayaan anak-anak muda kita di peringkat antarabangsa pada pertandingan kali ini.

“Saya percaya kita mampu melakukan yang mana pada tahun lalu kita berjaya mendapat sembilan emas dan dinobatkan tempat kedua dalam Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC) yang disertai 10 negara di Hanoi, Vietnam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Lemang Perdana di kediamannya di sini, Ahad.

Pada majlis itu lebih 1,000 batang lemang dibakar secara bergotong-royong oleh penduduk sebagai jamuan hari raya.

Ismail dalam pada itu berkata kejayaan membawa balik pingat emas dalam pertandingan kali ke-10 yang disertai Malaysia itu amat penting dan menjadi harapan besar kerajaan serta seluruh rakyat.


Katanya, pertandingan itu menjadi kayu pengukur sejauh mana bakat kemahiran yang dimiliki golongan muda negara mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

“Kita akan menghantar sebanyak 14 penyertaan yang akan bersaing dengan kira-kira 60 buah negara.

“Kebanyakan wakil Malaysia adalah terdiri daripada mereka yang pernah mendapat pingat emas dalam ASC di Hanoi tahun lalu sekali gus mampu memberi saingan sengit dan harapan besar buat negara,” katanya.

Sementara itu, beliau meminta ibu bapa supaya sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak mereka untuk melanjutkan pengajian vokasional dan kemahiran yang menjanjikan pendapatan lumayan.

“Kalau kita lihat di negara lain, ibu bapa lebih menghantar anak-anak mereka ke bidang teknikal dan vokasional yang mempunyai masa depan yang amat baik,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori