Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kebakaran IPD Sepang: Tiada...

PUTRAJAYA : Tiada unsur khianat dan jenayah ditemukan susulan insiden kebakaran membabitkan beberapa...

BN Menang PRU14 Jika...

PUTRAJAYA - UMNO atau Barisan Nasional (BN) kemungkinan akan meraih kemenangan sekiranya PAS...

Lompat Parti, Baru Tahu...

PASCA Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14), senario politik tanah air heboh dengan memperlihatkan isu...

Lamaran Hairul Azreen Boleh...

PETALING JAYA - Pakar motivasi Ustaz Zulkefli Hamat, 41, berkata cara aktor Hairul...

Malaysia, Laos Berhasrat Perluas Kerjasama 2 Hala

PUTRAJAYA – Malaysia dan Laos telah melahirkan hasrat untuk memperluaskan kerjasama dalam latihan, pelaburan, perbankan, kewangan, pengangkutan, pelancongan, pendidikan dan pertahanan demi faedah bersama.

Perkara ini ditekankan dalam mesyuarat antara Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dan rakan sejawatannya dari Laos Saleumxay Kommasith di Wisma Putra di sini hari ini.

Menteri Luar Laos itu kini dalam lawatan ke Malaysia.

Anifah, dalam ucapan alu-aluannya, melahirkan keyakinan bahawa lawatan Kommasith akan membuahkan hasil dan meningkatkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala Malaysia-Laos.

Beliau berkata lawatan Kommasith ke Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) di Kuala Lumpur diharap membolehkan Laos mendapat pemahaman mengenai latihan diplomatik yang diadakan di institut berkenaan dan kursus yang berguna untuk peserta Laos.

Kommasith dalam ucapan pembukaannya, pula melahirkan terima kasih dan penghargaan atas usaha berterusan kerajaan dan rakyat Malaysia dalam pembangunan ekonomi dan sosial Laos.

“Kerjasama lima dekad antara Malaysia dan Laos adalah amat produktif dan membawa manfaat dan hasil yang nyata kepada kedua-dua negara,” kata beliau.


Beliau juga berkata Perdana Menteri Laos, Thongloun Sisoulith menaruh harapan untuk melawat Malaysia pada Mei.

Wisma Putra, dalam satu kenyataan, berkata hubungan dua hala antara Malaysia dan Laos telah berkembang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan.

Pada 2016, jumlah perdagangan Malaysia dengan Laos mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 120 peratus iaitu USD30.96 juta (RM136.2 juta) berbanding USD14.03 juta (RM61.73 juta) pada 2015, kata kenyataan itu.

“Laos adalah rakan serantau yang penting bagi Malaysia, terutama selepas negara itu menjadi anggota ASEAN pada 1997,” kata Wisma Putra. – BERNAMA

Kategori