Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Venue Pertandingan Sukma Siap...

KUCHING - Menteri Pembangunan Sosial Sarawak Tan Sri William Mawan Ikom yakin pembinaan...

RM1 Juta Untuk Pendidikan...

GENTING HIGHLANDS - Eu Yan Sang dan Kumpulan Genting masing-masing berikrar untuk menyumbang...

Kaji Cadangan Wajibkan Guna...

KUANTAN - Kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk mewajibkan pihak swasta supaya menggunakan teknologi...

Lebih 100 Orang Diculik...

ABUJA – Lebih 100 orang termasuk wanita dan kanak-kanak telah diculik apabila sekumpulan...

Malaysia Kerah Aset Kesan Kapal Tangki Hilang – Najib Razak

Susulan insiden kehilangan sebuah kapal tangki, MT Orkim Harmony bersama 22 kru di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor pada Khamis lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berkata, kerajaan akan menggunakan aset negara bagi mengesan kedudukannya.

Kapal Tangki Bawa Ron 95 Hilang Di Perairan Johor

Menerusi ruangan mikro Twitter rasminya, Najib berkata, dia amat sedih dengan laporan kehilangan tersebut dan berdoa agar kesemua kru yang terlibat selamat.

“Saya sedih mendengar laporan tentang kehilangan sebuah kapal tangki milik Malaysia. Saya doakan keselamatan kesemua kru yang terlibat.

“Kerajaan akan menggunakan sumber-sumber yang ada untuk mengesan kedudukannya.”

MT Orkim Harmony membawa kira-kira 6,000 tan metrik muatan berisi petrol Ron 95 dan sedang membuat perlayaran dari Melaka ke Kuantan.

Walau bagaimanapun, ia dilaporkan gagal dikesan pada jam 8.50 malam, Khamis lalu.


orkim-map-940x470 (1)

22 kru terlibat dalam perjalanan tersebut yang mana 16 daripadanya merupakan rakyat Malaysia, lima rakyat Indonesia dan seorang dari Myanmar.

Operasi pencarian kini dibuat meliputi kawasan seluas 20,000 kilometer persegi, dari Tanjung Penawar sehingga ke Mersing, Johor sebelum masuk ke kawasan perairan negara jiran.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Laporan Kehilangan Kapal Tangki MT Orkim Harmony

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori