Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Didera Pengasuh Sehingga Lebam...

SERING kali kita melihat di media sosial mengenai isu penderaan bayi yang agak...

Jangan Terlalu Teruja Tandatangan...

KOTA BHARU - Kerajaan Persekutuan digesa supaya tidak terlalu teruja dalam menandatangani sebarang...

Kedai Shisha ‘Kelentit Rindu’...

PELAKON dan model Ahya Rosli memberitahu kedai Kelentit Rindu miliknya telah diserbu oleh...

Cuaca Panas, Jemaah Dinasihat...

MADINAH - Jemaah haji dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar seperti membeli-belah dan ziarah...

Malaysia Kekal Sebagai Destinasi Pelaburan Menarik

KUALA LUMPUR – Malaysia masih kekal sebagai destinasi pelaburan menarik bagi pelabur asing walaupun wujud kebimbangan terhadap krisis antarabangsa termasuk kejatuhan mata wang lira Turki sehingga 20 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata, pelabur asing sedang memasuki pasaran Malaysia secara ketara apabila menyedari kepentingan kerajaan pusat mengamalkan dasar kebertanggungjawapan dan ketelusan dalam melaksanakan pembaharuan institusi negara, selain mesra pelabur tanpa menjejaskan kepentingan rakyat.

“Minggu lepas merupakan minggu kedua berturut-turut di mana pelabur asing telah menjadi pembeli bersih di pasaran ekuiti Malaysia.

“Bukan pelabur asing sahaja yang yakin dengan kekukuhan ekonomi Malaysia malah keyakinan pengguna juga meningkat, ini akan dapat menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia,” katanya semasa membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

RUU itu dibentangkan berikutan berlaku beberapa penyusunan semula kementerian selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Lim yang juga anggota Parlimen Bagan berkata, dalam kalangan ekonomi ASEAN, Indeks Komposit Kuala Lumpur merupakan satu-satunya pasaran saham yang berada di paras positif bagi tahun ini sehingga 10 Ogos, 2018 iaitu 0.5 peratus – bagi 2018 setakat ini, berdasarkan laporan yang diterima daripada Suruhanjaya Sekuriti.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan membentangkan RUU Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 di Dewan Negara pada 20 Ogos ini.


Ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen mengenai langkah yang perlu dibuat sekiranya kedua-dua RUU itu gagal mendapat persetujuan di peringkat Dewan Negara, Lim berkata: “saya akan jawab pada 20 (Ogos).”

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) akan menggunakan saluran perundangan sekiranya Dewan Negara tidak meluluskan kedua-dua RUU tersebut.

Langkah tersebut terpaksa diambil kerana terdapat kesan tertentu apabila melibatkan dasar kewangan, katanya. – BERNAMA

Kategori