Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan...

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan...

Anwar Ibrahim Pulang Sebentar...

KUALA LUMPUR - Bapa Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan meninggal dunia pada 1.45...

Kanak-Kanak 2 Tahun Putus...

CHINA – Malang menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun apabila tangan kanannya...

Kanak-Kanak Lemas Mandi Di...

BALING - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dilapor meninggal dunia akibat lemas...

Malaysia Kekal Aksi Tanpa Kalah Kejohana Wanita Berpasukan Dunia

KUALA LUMPUR – Malaysia mengekalkan rekod tanpa kalah setelah menewaskan Switzerland 3-0 dalam perlawanan akhir Kumpulan D pada Kejohanan Skuasy Wanita Berpasukan Dunia 2018 di Dalian, China hari ini.

Kemenangan ketiga berturut-turut skuad negara menyaksikan mereka muncul sebagai pemenang Kumpulan D, setelah menewaskan Afrika Selatan dan Hong Kong, masing-masing 3-0.

Perlawanan hari ini menyaksikan juara kebangsaan S. Sivasangari mengutip mata pertama Malaysia dengan menewaskan Cindy Merlo, 8-11, 11-4, 11-9 dan 14-12, menurut laman web kejohanan itu; www.wsfwomensteams.com.

Pemain remaja kebangsaan Aifa Azman menggandakan kelebihan setelah mengalahkan Celine Walser;11-6, 11-5 dan 11-4 pada perlawanan kedua, sebelum bekas pemain kelima dunia Low Wee Wern menewaskan Nadia Pfister;11-7, 11-7 dan 11-4 pada set ketiga.

Malaysia akan bertemu juara Kumpulan C, Perancis pada perlawanan suku akhir, esok.


Sebanyak 16 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan dwitahunan itu.

Sementara itu, cabaran Malaysia pada Kejohanan Skuasy Antarabangsa CAS berakhir selepas pemain pilihan kedua Mohd Nafiizwan Adnan tewas 11-4, 9-11, 11-13 dan 6-11 kepada pilihan kelima dari Mesir Youssef Soliman pada perlawanan separuh akhir lelaki di Islamabad, Pakistan. – BERNAMA

Kategori