Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Lebih 500 Orang Sertai...

LANGKAWI - Sebanyak 580 pegawai dan anggota pelbagai jabatan dan agensi kerajaan menyertai...

PBB Gesa Bangladesh Terima...

DHAKA - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini menggesa Bangladesh menerima pelarian Rohingya...

Ular Tedung Selar Ditemui...

AWAS! Adalah amalan biasa untuk kita membuka bonet hadapan kereta bagi memeriksa enjin...

RM980,000 Diperuntukkan Untuk Baiki...

PENGERUSI Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata sebanyak RM1.8...

Malaysia Hos Sambutan Jubli Emas Asean Di Chile

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa ASEAN di Santiago (ACS) yang dipengerusikan Duta Malaysia Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya menganjurkan majlis sambutan ulang tahun ke-50 ASEAN di perkarangan kedutaan Malaysia di Santiago pada Selasa.

Yang turut hadir Pemangku Menteri Luar Chile, Edgardo Riveros Marin, Timbalan Menteri Perdagangan Chile, Paulina Nazal, Datuk Bandar Graneros, Don Claudio Segovia, ibu Presiden Bachelet, Angela Jeria, para duta, ahli perniagaan dan senator.

Mohamad Rameez dalam ucapan aluannya menyebut kepentingan ASEAN kepada Chile dan mengucapkan tahniah kepada Chile kerana menerima Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama ASEAN.

Majlis diserikan dengan persembahan tarian daripada Thailand dan Indonesia selain pertunjukan kompang dan silat daripada Malaysia, disusuli acara menaikkan bendera oleh lima duta ASEAN dengan disaksikan Riveros.


Acara memotong kek turut diadakan sebelum lebih 150 orang tetamu dijamu dengan masakan Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina. -BERNAMA

Kategori