Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Izara Aisyah Nikah Anak...

BENDA baik nak dirikan masjid, mestilah kena percepatkan. Takut nanti lama-lama, dikebas orang...

Viral Aksi Tari Yang...

RAKAMAN video aksi seorang lelaki gemuk menari di sebuah tasik dengan penuh konfiden menjadi...

El-Nino: Perak Akan Mohon...

IPOH - Kerajaan negeri Perak akan memohon kepada kerajaan Persekutuan supaya mengisytiharkan Bukit...

Tak Kisah Dikritik, Samantha...

BUSANA 'nasi lemak daun pisang' hasil rekaan Brian Khoo yang digayakan oleh peserta...

Harap Perancis Terjemah Pendirian Pada Rundingan EU

PUTRAJAYA – Malaysia berharap pendirian Perancis yang tidak menyokong resolusi Kesatuan Eropah (EU) untuk melarang import minyak sawit dari negara Asia, dapat diterjemahkan pada sesi rundingan antara Majlis Menteri Negara-Negara EU serta ahli Parlimen Kesatuan Eropah yang akan datang.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong dalam kenyataannya hari ini berkata sokongan terbuka wakil kerajaan Perancis terhadap industri sawit mampan, sangat penting.

“Ia mampu memperbetulkan persepsi negatif dalam kalangan menteri-menteri dari 28 buah negara EU yang akan menghadiri mesyuarat rundingan tersebut,” katanya.

Menurutnya daripada jumlah keseluruhan 751 anggota Parlimen EU, Perancis diwakili anggota Parlimen kedua terbanyak selepas Jerman, iaitu seramai 74 berbanding 96 anggota Parlimen Jerman.

“Malaysia berharap wakil Perancis dapat memberikan pertimbangan serta sokongan yang sewajarnya dalam menyokong usaha Malaysia untuk membela dan menegakkan keadilan sosial bagi lebih 650,000 pekebun kecil,” katanya.

Menurut Mah Malaysia mengeksport barangan berjumlah RM5.3 billion ke Perancis dalam pelbagai sektor, terutama barangan elektrik dan elektronik serta barangan berasaskan getah, antara Januari hingga November 2017.


Pada Isnin, Mah mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, Kuala Lumpur. Pertemuan tersebut turut dihadiri Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam pertemuan itu, Parly menyatakan pendirian bahawa Perancis tidak menyokong polisi yang bersifat diskriminasi, dan kerajaan Perancis menghargai hubungan baik dua hala yang sedang dinikmati antara Malaysia dan Perancis.

Resolusi yang diumumkan oleh Parlimen Eropah sebelum ini menyeru EU untuk tidak lagi menggunakan minyak sayur-sayuran dalam biodiesel menjelang 2020 atas dakwaan ia dihasilkan melalui pemusnahan hutan. Resolusi itu membabitkan minyak sawit. – BERNAMA

Kategori