Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Saya Tanggung Dosa Besar...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan dana yang digunakan...

Bayi Doktor Maut Tertinggal...

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan maut selepas ditinggalkan hampir 10...

Perolehan LCS Dikurangkan Kepada...

KUALA LUMPUR : Perolehan kumpulan pertama kapal tempur pesisir (LCS) dikurangkan daripada enam...

Bila Lim Kit Siang...

KUALA LUMPUR - "Saya tidak boleh menerima pandangan prinsip Islam tidak dipenuhi jika...

Malaysia Hadapi Tragedi MH370, MH17 Dengan Tabah

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata Malaysia mendepani tragedi berganda MH370 dan MH17 dengan tabah dan semangat kental sambil mengakui kebijaksanaan, dedikasi dan kepimpinan rakan sejawatannya Datuk Seri Najib Tun Razak, mengendalikan kedua-dua tragedi itu.

“Sukar bagi saya untuk mendapat sahabat dan penasihat dalam menghadapi ujian dan tempoh yang sukar ini dan amat berterima kasih kepada beliau (Najib) untuk persahabatan ini dan kepimpinan beliau,” katanya.

Abbott mengungkapkan kenyataan itu dalam sidang media bersama-sama Najib yang diadakan sempena lawatan rasmi sehari beliau di Malaysia, di sini hari ini.

Abbott, yang terlibat dalam perbincangan dengan Najib sebelum ini, berikrar mereka tidak akan berputus asa untuk terus mencari pesawat MH370.

“Kami bertanggungjawab kepada keluarga mangsa, kami juga bertanggungjawab kepada negara yang bersedih atas kehilangan warganya, kami juga bertanggungjawab kepada orang ramai yang ingin tahu di seluruh dunia, untuk melakukan apa yang kami mampu, untuk merungkai misteri ini (kehilangan MH370).

“Kami tidak akan berhenti sehingga ia diselesaikan…Australia-Malaysia akan menjadi rakan kongsi terkuat dalam tugas penting ini,” kata Abbott.

Penerbangan MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui walaupun pencarian besar-besaran telah dilakukan di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai berakhir.

Usaha pencarian baharu pesawat itu telah ditingkatkan dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan Australia bulan lepas.


Najib berkata beliau dan Abbott telah menjalin hubungan erat sejak beberapa bulan lepas, sejak pencarian pesawat MH370 dan tragedi pesawat MH17 ditembak jatuh.

“Saya sangat menghormati Perdana Menteri Abbott sebagai rakan sejawatan. Respons beliau terhadap kedua-dua tragedi ini adalah tegas dan beliau telah menunjukkan empati yang mendalam terhadap keluarga mangsa MH370 dan MH17,” katanya.

Najib mengulangi bahawa Australia telah membuktikan ia seorang sahabat yang sejati dalam tempoh sukar ini, apabila menawarkan bantuan dan kerjasama tanpa teragak-agak dan berlengah.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai apabila ditembak jatuh di negara bergolak itu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Selain 43 penumpang dan anak kapal warga Malaysia, penumpang pesawat itu turut terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.

Najib berkata beliau dan Abbott melahirkan perasaan gembira dengan keadaan semasa hubungan dua hala Malaysia-Australia, berdasarkan hubungan jangka panjang dan kerjasama substantif dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan dan keselamatan.

“Mesyuarat hari ini telah memberi kedua-dua pihak komitmen untuk mengukuh dan meningkatkan tahap sedia ada dan skop kerjasama antara Malaysia dan Australia,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori