Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Disaran Jihad Tangani...

KUALA LUMPUR - Seorang Anggota Parlimen hari ini menyarankan kerajaan supaya melaksanakan jihad...

Mahfuz Kata PAS Jangan...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membidas PAS Pusat...

Info Palsu Sijil Simpanan...

KUALA LUMPUR - Teks pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp berhubung pengagihan Sijil Simpanan...

Tembak Mati: Suspek Memandu...

KUCHING : Tindakan anggota polis melepaskan tembakan ketika cuba menahan sebuah kereta di...

Malaysia, China & Australia Lakukan Terbaik Cari MH370

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia bersama-sama Australia dan China telah berhempas-pulas mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 sejak ia dilaporkan hilang pada 2014, kata pakar geostrategi Prof Dr. Azmi Hassan.

Beliau berkata bukan mudah bagi ketiga-tiga negara itu, yang tidak mempunyai pengalaman kehilangan pesawat, untuk duduk semeja dan membincangkan usaha mencari pesawat malang itu di selatan Lautan Hindi.

Ia sememangnya tugas yang amat mencabar seumpama mencari jarum dalam jerami, kata Prof Dr. Azmi dari Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata usaha pencarian pesawat itu telah dijalankan dengan sebaik mungkin oleh kerajaan Malaysia walaupun ia gagal menemui sebarang bukti sahih tentang kedudukan sebenar MH370.

“Usaha Malaysia boleh ditakrifkan sebagai melebihi tanggungjawab sebagai pemilik pesawat. Maka, keputusan menggantung pencarian boleh diterima.

“Ini adalah kerana keseluruhan kawasan pencarian yang bersandarkan kepada data satelit Inmarsat dan operasi mencari telah pun digerakkan sebaik sahaja pesawat itu dilaporkan hilang namun, sehingga kini tidak mendapat sebarang petunjuk kukuh,” katanya.

Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac 2014 dengan usaha pencarian di dasar Lautan Hindi dijalankan secara berterusan bagi mengesan pesawat buatan Boeing 777-200ER itu.

Pesawat itu, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur.

Gerakan mencari dilakukan secara besar-besaran melibatkan beberapa negara dan disifatkan sebagai operasi mencari dan menyelamat terbesar yang pernah dilakukan di dunia.

Namun, selepas usaha dan komitmen yang begitu tinggi oleh kerajaan Malaysia, China dan Australia, operasi mencari pesawat itu hari ini diumumkan digantung

Malaysia, Australia dan China dalam kenyataan bersama hari ini menyatakan bahawa kapal mencari terakhir dalam operasi itu meninggalkan kawasan pencarian seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi tanpa dapat mengesan pesawat itu.


Menurut kenyataan bersama itu, pesawat berkenaan tidak dapat dikesan “walaupun segala usaha telah dilakukan, menggunakan pengetahuan sains terbaik, teknologi tercanggih serta pemodelan dan nasihat daripada profesional berkemahiran tinggi yang amat pakar dalam bidang masing-masing.”

Prof Dr. Azmi menarik perhatian bahawa meskipun menerima tekanan daripada pelbagai pihak, namun usaha pencarian dapat dijalankan dalam keadaan sistematik dan terancang kerana pihak berkuasa hanya menjalankan pencarian di lokasi yang mempunyai data sahih sahaja.

“Perlu ditekankan di sini bahawa selagi tidak ada data sokongan maka, kerajaan tidak akan lakukan operasi pencarian di kawasan yang didakwa terdapat beberapa serpihan yang ditemui.

“Selagi tiada bukti baharu, agak sukar untuk lakukan operasi kerana ia melibatkan kos dan masa,” katanya sambil menyatakan keyakinannya bahawa misteri kehilangan pesawat itu akan terjawab suatu hari nanti sekiranya operasi pencarian disambung semula.

Sementara itu, pakar penerbangan Prof. Dr. Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata penggantungan operasi mencari itu bukanlah episod akhir bagi MH370 kerana beliau percaya ada badan bebas atau individu yang akan melakukan pencarian berdasarkan dana peribadi atau sumbangan awam.

Juruterbang Ujian Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu berkata langkah itu penting dalam mencari jawapan dan petunjuk termasuk di kawasan yang belum dicari pasukan pencari.

Bekas Pegawai Penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff yang sependapat dengan Prof. Dr. Mohd Harridon percaya kawasan baharu atau model pencarian berbeza diperlukan pihak berwajib dalam mencari lokasi keberadaan pesawat itu.

“Operasi mencari akhirnya akan berkesudahan, itu sudah pasti. Persoalannya adakah kita sudah melakukan apa yang perlu. Terdapat model-model hanyut untuk membantu menakrifkan kawasan pencarian yang baharu,”katanya. – BERNAMA

Kategori