Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS)...

Kemuncak Anugerah Industri Muzik...

Anugerah Industri Muzik ke-21 kembali lagi apabila malam ini, ia bakal mengumumkan penerima...

Penganut Hindu Perlu Mandi...

SEBUAH slaid pembentangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang menyatakan bahawa penganut Hindu menganggap kotoran...

Tanah Runtuh: 5 Lagi...

HULU SELANGOR : Lima lagi mangsa kejadian tanah runtuh yang meninggal dunia, ditemui...

M’sia, Australia Berterima Kasih Pada China Bantu Cari MH370

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Australia gembira dengan ikrar China untuk menyumbang A$20 juta dan kapal bagi membantu mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull berkata perkara itu serta beberapa isu lain dibincangkan pada mesyuarat dua hala pertamanya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai acara sampingan bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan hari ini.

“Kami gembira dengan ikrar China semalam untuk menyumbang kapal serta A$20 juta. Ia sesuatu yang amat membantu, katanya pada sidang akhbar bersama-sama Najib selepas mesyuarat itu.

Menurut laporan, Perdana Menteri China Li Keqiang, yang berada di Malaysia untuk menghadiri sidang kemuncak berkaitan, menyuarakan ikrar itu ketika mengadakan perjumpaan dengan Turnbull pada Sabtu.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang serta anak kapal, hilang pada 8 Mac tahun lepas ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Australia mengetuai misi pelbagai negara untuk mencari MH370, yang dikatakan misi pencarian terbesar dalam sejarah, melibatkan lebih 20 negara serta lebih 100 aset, termasuk kapal terbang dan kapal laut.


Kerajaan Malaysia mengesahkan pada Ogos bahawa satu flaperon pesawat yang dijumpai di pulau La Reunion di Lautan Hindi berasal dari MH370.

Turnbull berkata Australia, Malaysia dan China akan meneruskan kerjasama untuk mencari pesawat itu.

“Lautan itu sangat luas, ia akan mengambil masa panjang,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori