Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perkhidmatan ‘Sanitizing’ Pada Harga...

KAMI menyediakan perkhidmatan sanitizing dengan harga promo!Perkhidmatan kami dan sanitizer kami adalah 'enviroment'...

Hakim Tak Terima Cadangan...

KUALA LUMPUR - Sambil menegaskan sudah banyak penangguhan bicara sejak beberapa minggu kes...

Kiswah Baharu Dipamer 20...

MAKKAH - Kelambu Kaabah, yang dikenali sebagai Kiswah, akan dipasang dan dipamerkan pada...

Muhyiddin Semakin Keliru Sejak...

Tan Sri Muhyiddin nampaknya semakin keliru semenjak tidak lagi menjadi Perdana Menteri dan...

Malala Yousafzai Terpanggil Bantu Rohingya

LONDON – Pemenang Hadiah Nobel Keamanan Malala Yousafzai terpanggil untuk meluahkan pandangannya bagi menggesa masyarakat dunia campur tangan dalam usaha untuk melindungi minoriti Islam Myanmar.

Malahan, wanita yang disegani ramai ini juga menggesa pemimpin negara itu, Aung San Suu Kyi untuk bertindak menangani isu berkenaan.

Malala juga meminta tindak balas antarabangsa terhadap keganasan di Myanmar.

“Kita tidak boleh berdiam diri kerana bilangan yang telah dipindahkan mencecah ratusan ribu.

“Tentunya tidak dapat membayangkan jika warganegara anda dan hak anda untuk tinggal di negara telah ditolak sepenuhnya,” katanya Malala di Oxford ketika diwawancara BBC.

Malala yang kini berusia 20 tahun menganggap, kekejaman yang dilalui etnik Rohingya itu menyebabkan kanak-kanak kurang mendapat pendidikan kerana sering berdepan keadaan keganasan.

Beliau yang akan melanjutkan pengajian di University Oxford itu hampir dibunuh Taliban di Pakistan kerana berkempen untuk hak asasi kanak-kanak perempuan terhadap pendidikan pada 2012.


Malala ditembak di kepala dalam perjalanan pulang dari sekolah selepas menulis catatan tanpa nama mengenai kehidupan di bawah pemerintahan Taliban di barat laut Pakistan.

Militan menaiki bas sekolahnya dan melepaskan tembakan yang turut mencederakan dua rakan sekolahnya.

Dia menjadi terkenal di peringkat antarabangsa selepas kejadian itu dan berpindah bersama keluarganya ke Birmingham untuk pemulihan lanjut. – mStar Online

Kategori