Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Akan Terus Tingkatkan...

SERIAN - Kerajaan berhasrat untuk terus meningkatkan taraf hidup dan pendapatan penduduk luar...

Pesawat Susi Air Ditembak...

JAYAPURA, INDONESIA – Sebuah pesawat penumpang milik Susi Air dilaporkan ditembak di Papua...

Lelaki Maut Dikelar Kerana...

LAHAD DATU - Seorang lelaki maut akibat dikelar di leher, dipercayai kerana menagih...

Walau Ditolak, PM Tetap...

Tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima. Mungkin itu prinsip...

Makmal Inovasi, Keusahawanan Di Universiti Awam

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi akan bekerjasama dengan Asia School of Business (ASB) dan Massachusetts Institute of Technology Sloan (MIT Sloan) School of Management untuk melaksanakan makmal inovasi dan keusahawanan di universiti awam.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata makmal itu akan dilaksanakan secepat mungkin untuk meningkatkan tahap pendidikan tinggi di negara ini.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan (Presiden Pengasas dan Dekan ASB) Prof Charles Fine tentang bagaimana caranya untuk kami bekerjasama.

“Kami bersetuju yang kami sukakan makmal inovasi mereka dan kami tidak sabar untuk menjalin kerjasama dengan ASB untuk belajar tentang bagaimana mereka melaksanakan makmal dan bagaimana kami dapat melaksanakannya di universiti-universiti negara kita,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan di ASB di Sasana Kijang, Jalan Dato Onn, di sini, hari ini.

Idris yang melawat Pusat Inovasi dan Keusahawanan ASB juga berminat dalam penggunaan teknologi seperti pencetak 3D dan mesin pengukir disediakan yang dapat meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar.

Pusat itu memainkan peranan aktif dalam membantu membangunkan komuniti keusahawanan baharu di Malaysia dan ASEAN secara amnya dan menawarkan ekosistem pemupukan inovasi dan keusahawanan bagi pelajar ASB.


ASB, menawarkan kursus dua tahun bagi Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan yang dibuka pada Ogos tahun lepas dengan pengambilan pertama 47 pelajar antarabangsa daripada pelbagai negara.

Sejak ditubuhkan pada 2015, ASB beroperasi di Sasana Kijang, iaitu pusat kecemerlangan ilmu dan pembelajaran Bank Negara Malaysia, manakala kampusnya sendiri di Bukit Perdana, di sini akan mula beroperasi pada April.

Kampus itu merupakan langkah penting dalam meletakkan ASB sebagai institusi perdana pendidikan pengurusan perniagaan dalam mencorakkan generasi akan datang di rantau ini dan ekonomi-ekonomi baharu. – BERNAMA

 

<iframe width=”560″ height=”315″ src=”https://www.youtube.com/embed/U8OsAFLGJ3s” frameborder=”0″ allowfullscreen></iframe>

Kategori