Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Perlu Jelaskan Skop...

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu jelaskan skop liputan barangan dan perkhidmatan yang dikenakan...

Masyaallah.. Bayi Ini Melecur...

"BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"Sesungguhnya keluarga bayi ini diuji dengan...

Kutipan Hasil Kastam RM35.19...

PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memungut hasil berjumlah RM35.195 bilion tahun...

Skandal Makanan Jejas Jualan,...

SYARIKAT rangkaian makanan segera terbesar dunia, McDonald's bakal menutup 350 restorannya termasuk 220 di...

Gangguan Khidmat & Aplikasi Dalam Talian LHDNM 2 Hari

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan dan aplikasi dalam talian LHDNM akan mengalami gangguan bermula dari 29 Julai 2017 (Sabtu) sehingga 30 Julai 2017 (Ahad).

Gangguan ini adalah berikutan daripada kerja-kerja menaik taraf sistem elektrik dan sumber kuasa pusat data LHDNM untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian LHDNM kepada pelanggan.

Di antara perkhidmatan dan aplikasi dalam talian yang akan terganggu ialah Portal Rasmi LHDNM (www.hasil.gov.my), portal ezHASiL, portal Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan sistem mel elektronik (e-mel).

Harap maklum juga bahawa kaunter perkhidmatan LHDNM di Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan beroperasi seperti biasa, namun perkhidmatan yang disediakan adalah terhad kepada khidmat nasihat yang tidak memerlukan akses kepada sistem dalam talian LHDNM.

LHDNM memohon maaf atas kesulitan yang bakal dihadapi oleh orang ramai dan pembayar cukai yang berurusan dengan kami sepanjang tempoh kerja-kerja menaiktaraf sistem elektrik dan sumber kuasa pusat data ini.


SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Bahagian Komunikasi
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674
Faks : 03-8313 7873
Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

– BERNAMA

Kategori