Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

DPMM Bekerjasama JPK Bantu...

BACHOK - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kelantan akan bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan...

Kucing Digigit Teruk Anjing...

PETALING JAYA – Seekor kucing digigit oleh sekumpulan anjing liar meruntun hati warga...

JPN Tahan 10 Suspek...

TAWAU - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan 10 individu termasuk dua lelaki dipercayai...

Menu RM5 Dan Ke...

Kerajaan akan memperkenal Menu Rahmah yang menawarkan hidangan makanan pada harga RM5 dan...

Majlis Peguam Tidak Bentang Usul Kelakuan Shafee

KUALA LUMPUR – Majlis Peguam mengesahkan menerima perintah injunksi daripada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada membincangkan kelakuannya dalam usul yang dicadangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-69 mereka di sini, Sabtu.

Presidennya, Christopher Leong berkata usul itu tidak akan dibentangkan pada AGM mereka.

“Injuksi itu telah disampaikan kepada kami. Majlis Peguam akan mematuhi syarat-syarat dan kita tidak akan bawa usul itu,” katanya kepada pemberita sebelum mesyuarat tertutup itu bermula.

Pada Jumaat, Shafee berjaya menghalang Majlis Peguam daripada mengemukakan usul mengenai kelakuannya berhubung rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad membenarkan injunksi interim ex-parte kepada Muhammad Shafee nagi menghalang Majlis Peguam atau presidennya Christopher Leong atau melalui ejen mereka daripada membenarkan usul itu dikemukakan, dibincang atau diluluskan semasa AGM atau membincangkan apa-apa perkara berkaitan kelakuan Muhammad Shafee dalam rayuan oleh Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada 14 Mac 2015 atau mana-mana tarikh lain selepas itu.

Hakim juga membenarkan injunksi interim ex-parte Muhammad Shafee menghalang peguam Tommy Thomas dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri V. C. George atau melalui ejen-ejen mereka daripada mengemukakan usul bertajuk “Usul terhadap Shafee Abdullah bertarikh 28 Februari 2015” atau usul yang serupa pada AGM ke-69 Majlis Peguam, pada 14 Mac atau pada mana-mana tarikh lain kemudian.

Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail secara fiat (kebenaran) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk menjalankan pendakwaan dalam kes liwat itu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori