Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

5 Didakwa Kes Tuntutan...

KUCHING - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan reman lima hari...

‘Penyamun’ Sambut Hari Lahir...

SUDAH namanya penjenayah, tidak mengira tempat dan waktu apabila adanya peluang, pasti digunakan...

Dunia Kehilangan Lebih Daripada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan penghormatan kepada...

Benarlah Beliau Menteri Yang...

BENARLAH Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed seorang yang...

Majlis Daerah Bagan Datuk Kini Beroperasi – Zahid

BAGAN DATUK — Majlis Daerah Bagan Datuk (MDBD) kini secara rasmi mengambil alih peranan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) dalam hal ehwal pentadbiran daerah tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan penubuhan MDBD itu telah diluluskan pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak dua minggu lalu.

Beliau berkata kelulusan itu sekali gus memudahkan rakyat di daerah ke-12 dalam negeri ini menjalankan segala urusan hal ehwal pentadbiran yang kini berpusat di Simpang Tiga, Rungkup.

“Ertinya selepas ini kita akan dapat uruskan hal ehwal kita sendiri tanpa bergantung pada pihak lain lagi,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal sempena sambutan 100 Tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sumun di sin, malam ini.

Sebelum ini, Bagan Datuk berada di bawah Daerah Hilir Perak bersama Teluk Intan yang ditadbir di bawah pentadbiran MPTI.


Sementara itu bersempena sambutan 100 tahun SK Sungai Sumun, Ahmad Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada sekolah itu bagi kemudahan sekolah itu.

Menurutnya, peruntukan tersebut bagi tujuan menaiktaraf bangunan sekolah berusia satu abad itu, dewan terbuka baharu dan infrastruktur lain yang diperlukan pihak sekolah. – BERNAMA

Kategori