Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Gesa Syarikat Penerbangan...

Semua syarikat penerbangan di negara ini perlu segera menurunkan harga tambang penerbangan tanpa...

Imam Muda Tekad Habiskan...

MESIR - Seorang imam muda yang terselamat dalam insiden pembunuhan beramai-ramai di sebuah...

TERKINI: SPRM Tahan Muhyiddin,...

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin...

Bakal Isteri Hael Harus...

PADA usia 30 tahun pasti ia akan menjadi usia yang paling ideal bagi...

Majikan Sabah Digalak Guna E-Bayar Carum Pekerja

TAWAU – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggalakkan majikan di Sabah menggunakan sistem e-Bayar untuk membayar caruman pekerja.

Ketua Unit Jabatan Caruman KWSP Norazmi Othman berkata sehingga kini sambutan sistem e-Bayar oleh majikan di Sabah masih rendah.

“Hanya 35 peratus daripada 29,165 majikan di Sabah membayar wang caruman pekerja ke KWSP menerusi e-Bayar,” katanya kepada Bernama selepas program Hari Terbuka e-Bayar KWSP di sini, hari ini.

Katanya, pejabat cawangan Tawau hampir mencapai sasaran yang ditetapkan 50 peratus dengan setakat ini 41 peratus daripada 4,277 majikan di Tawau dan Semporna telah menggunakan e-Bayar.

“Cawangan lain seperti Kota Kinabalu (37 peratus), Kota Marudu (34 peratus), Keningau (33 peratus), Sandakan (26 peratus), Lahad Datu (23 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan (40 peratus),” katanya.

Menurutnya, sistem e-Bayar yang diperkenal 2015 itu memudahkan majikan untuk mencarum pekerja.


Katanya, e-Bayar dilakukan melalui empat cara iaitu, Laman Web Bank, Financial Process Xchange (FPE), Direct Debit Authorization (DDA) dan Perbankan Internet.

Program hari terbuka KWSP e-Bayar itu diadakan julung kali di Tawau selama dua hari di Hotel De Choice bermula hari ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KWSP

Kategori