Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Poh Kong Lancar ‘Gold...

PUTRAJAYA - Poh Kong Jewellers Sdn Bhd, rangkaian runcit barang kemas terbesar di...

Mahfuz Ke Blok Bebas...

KUALA LUMPUR - Tempat duduk Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar akan...

KDN Nafi Ali Abdul...

KUALA LUMPUR, 13 Dis -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan aktivis politik...

Upacara Nyalakan Lilin Di...

LONDON - Desiran angin dingin yang kuat seolah-olah meniupkan semangat perpaduan lebih 1,000...

Guna Ejen Berdaftar Sahaja Urus Pekerja Asing

SEBERANG JAYA – Jabatan Imigresen Malaysia hari ini meminta majikan supaya hanya menggunakan ejen berdaftar untuk melakukan proses pengurusan pekerja warga asing.

Pengarah Bahagian Pekerja Asing Jabatan Imigresen Datuk Khairil Khar Yahya berkata hanya ejen-ejen yang berdaftar boleh berurusan dengan jabatan itu berhubung pengambilan pekerja asing.

“Sesetengah majikan nak cari jalan pantas untuk proses pengambilan pekerja asing dan kononya ejen dapat menawarkan urusan dengan cepat tanpa sebarang masalah.

Jangan mudah terpedaya dengan tawaran ejen-ejen pekerja asing dan majikan dinasihat supaya datang sendiri ke pejabat imigresen untuk berurusan mengenai proses pekerja asing,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan anggota Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) di sini hari ini.

Beliau berkata Jabatan Tenaga Kerja telah mengeluarkan kenyataan bahawa hanya ejen yang mempunyai Lesen C yang berkuatkuasa di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta boleh berurusan dengan pihak  imigresen  untuk pengambilan pekerja asing bagi pihak swasta.

Khairil Khar turut menasihati pekerja asing tanpa permit sah supaya menyerah diri melalui Program Serah Diri Sukarela PATI (3+1).

“Menerusi Program 3+1, PATI dapat pulang ke negara asal melalui cara teratur dan mengikut undang-undang. Kalau mereka hendak bekerja di Malaysia, mereka boleh datang lagi dengan mendapat permit yang sah,” katanya.


Beliau berkata setiap hari, hampir 2,000 pekerja asing hadir menyerah diri untuk balik ke negara asal susulan operasi penguatkuasaan di bawah Ops Mega 3.0.

Pada 1 Julai lepas, Jabatan Imigresen melancarkan Op Mega 3.0 di seluruh negara dalam usaha membanteras masalah pendatang tanpa izin dan menyelesaikan masalah pekerja asing.

Sementara itu, Pengerusi FMM cawangan Pulau Pinang Datuk Dr Ooi Eng Hock berkata sesi dialog antara pihak majikan dan pihak berkuasa amat perlu bagi meningkatkan permahaman dalam proses pengambilan pekerja warga asing.

“Melalui sesi dialog sedemikian, segala persoalan akan terjawab dan para majikan akan mengikut kaedah yang betul untuk berurusan dengan imigresen,” katanya.

Terdahalu, 150 wakil pihak majikan khususnya dari bahagian sumber manusia yang mewakili 120 kilang menghadiri sesi dialog bersama Jabatan Imigresen dan KDN itu. – BERNAMA

Kategori