Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MotoGP: Dovizioso Rangkul Petak...

MOTEGI - Penunggang Itali, Andrea Dovizioso merangkul petak utama perlumbaan MotoGP Grand Prix...

MetMalaysia Keluar Amaran Ribut...

Kuala Lumpur : Ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan...

Persempadanan Semula Beri BN...

PUTRAJAYA - Adakah persempadanan semula kawasan pilihan raya memberi kelebihan kepada Barisan Nasional...

20 Tong Biru Disyaki...

PASIR GUDANG - Kira-kira 20 tong biru disyaki mengandungi bahan kimia ditemui selepas...

Majikan Didenda RM12,000 Gagal Bayar Gaji Pokok Pekerja

SHAH ALAM – Sebuah syarikat pengurusan dan penyimpanan rekod didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana gagal membayar gaji pokok kepada empat pekerja warga asing seperti ditetapkan dalam perintah gaji minimum di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin memerintahkan Regalia Records Management Sdn Bhd membayar denda itu selepas syarikat tersebut mengaku bersalah terhadap semua 12 pertuduhan.

Regalia Records Management didakwa gagal membayar gaji pokok sebagaimana yang ditetapkan dalam perintah gaji minimum iaitu RM34.62 sehari atau RM900 sebulan bagi bulan April, Mei dan Jun tahun ini kepada empat pekerja warga Nepal.

Syarikat itu didakwa melakukan semua kesalahan itu di premisnya di Taman Perindustrian Bukit Jelutong, Seksyen U8, Bukit Jelutong di sini pada Ogos lepas dan dihukum mengikut Seksyen 43 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000.

Mengikut fakta kes, pemeriksaan penguatkuasaan yang dilakukan Jabatan Tenaga Kerja Selangor ke atas Regalia Records Management mendapati syarikat itu masih membayar gaji pokok bagi bulan April, Mei serta Jun pada kadar RM25 dan RM27 sehari kepada empat pekerja warga Nepalnya.

Di mahkamah sama, dua syarikat kawalan keselamatan, Nova Security Sdn Bhd dan Bumi Warisan Maju Sdn Bhd, masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sama.


Nova Security didakwa atas lima pertuduhan gagal membayar gaji pokok bagi bulan Februari tahun ini kepada lima pekerja tempatannya di premis syarikat di Seksyen 13 di sini pada Jun lepas.

Bumi Warisan pula menghadapi enam pertuduhan gagal membayar gaji pokok kepada dua pekerja tempatannya bagi bulan Januari, Februari dan Mac tahun ini di premis syarikat di Seksyen 15 di sini pada Julai lepas.

Majistret Norshakinah menetapkan kes Nova Security disebut semula pada 4 Dis ini sementara kes Bumi Warisan disebut semula pada 8 Jan depan.

Pendakwaan bagi semua kes dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Tenaga Kerja Selangor, Siti Nur Alifah Hairudin. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori