Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Siasatan Kewujudan Kartel Ayam...

Kuala Lumpur : Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kini di peringkat akhir melengkapkan siasatan...

MCA NS Usaha Dapa...

SEREMBAN - MCA Negeri Sembilan berharap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta pihak berkaitan...

Salma Sedih Suami Dilempar...

SETELAH suaminya dihukum penjara selama 14 hari pada 20 April lalu, penyanyi, Salma...

Timbang Segala Aspek Sebelum...

KOTA KINABALU - Peniaga vape di Sabah memohon kerajaan membuat pertimbangan secara mendalam...

MAIPs Sumbang Lebih RM1 Juta Kepada Asnaf Perlis 2016

KANGAR – Lebih RM1 juta sumbangan wang zakat dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada hampir 2,000 asnaf di seluruh Perlis sepanjang tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata sumbangan itu melibatkan 102 masjid yang diberi tanggungjawab mengesan asnaf di kariah masing-masing semasa program kayuhan basikal masuk ke kampung-kampung.

“Program sedemikian akan diteruskan sepanjang tahun ini kerana kesannya sangat efektif dalam mencari dan mengesan golongan asnaf yang terpinggir untuk diberi bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama sempena program ‘Kayuhan MAIPs Peduli’ kali kelima 2017 dengan kerjasama Bank Rakyat di surau Taman Guru Jaya di sini malam tadi.

Program ‘Kayuhan MAIPs Peduli’ semalam diketuai Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs, membabitkan enam kampung iaitu Kampung Sena, Taman Sena Indah, Taman Guru Jaya, Tok Kandang, Repuh dan Repuh Selatan.


Hasil pencarian asnaf semalam, menemui sembilan asnaf dan mereka diberi bantuan di rumah mereka manakala 30 asnaf lagi menerima sumbangan di surau Taman Guru Jaya malam tadi.

Kesemua mereka diberi wang tunai RM600 setiap seorang yang disampaikan Tuanku Syed Faizzuddin, bersama Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd Salleh. – BERNAMA

Kategori