Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Memalukan… Wanita Mencuri...

SATU video yang dimuat naik menerusi sebuah page di laman Facebook iaitu Kamek...

Percubaan Pertama VAIO ‘Jual’...

UMUM mengenali Sony VAIO adalah jenama untuk komputer riba, namun pada awal tahun lepas,...

Malaysia, Pakistan Bincang Isu...

PUTRAJAYA – Para pemimpin Malaysia dan Pakistan hari ini mengadakan berbincangan mengenai isu-isu...

Pengasas Bersama Microsoft Meninggal...

PAUL Allen yang juga pengasas bersama Microsoft dengan rakan sejak kecilnya, Bill Gates...

Main Ikut Wisel Bukan Bendera Penjaga Garisan

YANGON – Dua gol mudah yang diberikan kepada Kemboja tidak sepatutnya berlaku sekiranya skuad Harimau Malaysia lebih berwaspada mengawal pergerakan pemain lawan.

Ketua jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee berkata dua gol mudah yang dilepaskan boleh dielakkan sekiranya pemain bermain mengikut wisel pengadil dan bukannya bendera penjaga garisan.

Pada aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2016 di Stadium Thuwunna, hari ini, Malaysia terpaksa bangkit dua kali sebelum menang tipis 3-2 ke atas Kemboja.

“Sudah tentu ia memberi satu pengajaran kepada pemain kita supaya bermain mengikut wisel dan bukannya ikut bendera,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.

Pemain negara membantah keputusan pengadil dari Oman, Abdul Baqi Yaqoob Said Abdullah yang membenarkan gol Chan Vathanaka seawal minit keenam walaupun penjaga garisan terlebih dahulu mengangkat bendera kerana pemain Kemboja itu dikatakan berada pada kedudukan ofsaid.

Mengulas lanjut, beliau mengakui dua gol yang dilepaskan adalah berpunca daripada keghairahan pemain negara mencari gol penyamaan sehingga membuka ruang kepada pemain Kemboja melakukan serangan balas pantas.

Ditanya mengenai prestasi Mohd Irfan Fazail dan Baddrol Bakhtiar, pengendali kelahiran Melaka itu berpuas hati dengan komitmen diberikan dua pemain tengah berkenaan sambil turut memuji pemain lain kerana berjaya bangkit mencatat kemenangan.


Dalam pada itu, Kim Swee menjelaskan kesebelasan utama menentang Vietnam, Rabu ini hanya akan diputuskan selepas satu lagi perlawanan pembukaan Kumpulan B antara tuan rumah bersama Myanmar dan Vietnam, malam ini.

Sementara itu, ketua jurulatih Kemboja, Lee Tae Hoon tidak berpuas hati dengan persembahan anak buahnya walaupun mendahului dua kali dalam perlawanan tersebut.

Beliau berkata kekalahan itu adalah pengajaran untuk pemainnya meningkatkan persembahan mereka sebelum menentang Myanmar dalam aksi kedua mereka di peringkat kumpulan.

“Ada pemain kami yang masih bertungkus lumus bermain di bawah terik mentari tetapi skuad saya turut menunjukkan mentaliti kemenangan apabila mendahului dua kali dalam perlawanan tadi.

“Terus terang saya jangkakan kami mampu sekurang-kurangnya seri 2-2 tetapi pemain saya hilang tumpuan pada pertengahan babak kedua sehingga menyebabkan kami kalah,” kata jurulatih berasal dari Korea Selatan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori