Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Menteri Luar ASEAN Mulakan...

KUALA LUMPUR - Menteri-menteri Luar ASEAN memulakan mesyuarat peringkat tinggi pagi ini bagi...

UMNO, BN Tiup Semangat...

KUALA LUMPUR - Asas penubuhan UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah berlandaskan susunan...

Kejohanan Remaja Dunia ISAF...

LANGKAWI - Kejohanan Layar Remaja Dunia Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) yang bermula Selasa...

Langsungkan Perkahwinan Dalam Keranda...

PERKAHWINAN adalah satu momen terindah yang bakal terukir dalam diari hidup setiap pasangan...

Mahu Pinjam RM17,000 Tapi Rugi RM132,120

KUANTAN – Niat asal mahu membuat pinjaman peribadi sebanyak RM17,000, namun akhirnya ditipu sehingga kerugian RM132,120.

Itu yang dialami seorang akauntan wanita dari Jerantut, yang cuba mendapatkan pinjaman peribadi menerusi sebuah syarikat yang mengiklankan perkhidmatan mereka di laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Yusof berkata mangsa yang berusia 30 tahun membuat permohonan untuk mendapatkan pinjaman wang pada awal Mac lalu dan dimaklumkan oleh lelaki yang mendakwa wakil syarikat itu untuk membuat bayaran wang proses.

“Mangsa kemudian membuat transaksi bayaran sebanyak 21 kali bermula 10 Mac sehingga semalam (19 Mac) ke dalam tiga akaun berbeza atas alasan bayaran itu adalah untuk meluluskan permohonan pinjamannya.

“Wang itu dimasukkan menerusi mesin deposit dan dibuat secara atas talian akhirnya berjumlah RM132,120,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah mangsa akhirnya berasa ditipu selepas diminta untuk memasukkan lagi wang berjumlah RM17,860 menyebabkan dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut, semalam.


Kes disasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.

“Kita berharap masyarakat akan lebih berhati-hati jika melihat iklan yang menawarkan perkhidmatan pinjaman di laman sosial. Jangan mudah percaya jika diminta untuk membuat bayaran awal,” katanya. – BERNAMA

Kategori