Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Manfaatkan Media Baharu –...

PUTRAJAYA - Golongan ilmuan dan para cendekiawan Islam harus menyampaikan maklumat yang tepat...

Kerangka Perundangan Diskriminasi Gender...

PUTRAJAYA - Kerajaan masih dalam proses menggubal kerangka perundangan untuk menangani diskriminasi berasaskan...

Pokemon Go Perlu Ada...

PUTRAJAYA - Perlu ada had dikenakan pada permainan Pokemon Go agar institusi agama...

Tentera Russia Tembak Jatuh...

MOSCOW : Pasukan pertahanan udara Russia berjaya memusnahkan sebuah dron ketika ia menghampiri...

Mahkamah Tolak Permohonan KDN Kekal Gantung The Edge

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengekalkan keputusan membatalkan arahan menggantung dua akhbar milik The Edge Communications Sdn. Bhd.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu dalam kamar, hari ini.

Peguam kanan persekutuan Alice Loke Yee Ching memberitahu media bahawa Hakim Asmabi memutuskan tidak ada keadaan khas yang membolehkan penggantungan itu kekal.

“Hakim berkata penerbit tidak boleh dihukum hasil dari kejayaan litigasi. The Edge boleh terus mencetak. Hakim berkata tidak ada bahaya untuk kedua-dua akhbar meneruskan penerbitan,” katanya.

Alice menambah, hakim memerintahkan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Setiausaha KDN membayar kos RM4,000 kepada penerbit.


Pada 21 Sept Asmabi membatalkan keputusan KDN menggantung The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan.

Berikutan keputusan tersebut dua penerbitan tersebut boleh meneruskan operasi dan mencetak.

The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily telah dilarang menerbitkan laporan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) atas alasan ia boleh mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam, dan juga kepentingan negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori