Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pembiayaan Kewangan Penuh Bagi...

KUALA LUMPUR - Bank Koperasi Islam terbesar Malaysia, Bank Rakyat hari ini bekerjasama...

Putrajaya, Jasin Dan Rembau...

PUTRAJAYA - Putrajaya, Jasin dan Rembau kini dikategorikan sebagai kawasan zon merah penularan...

PMBKED Hentikan Pembalakan Di...

ALOR SETAR - Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) telah menghentikan semua kerja pembalakan...

Warga Emas Maut Motosikal...

JOHOR BAHARU - Seorang warga emas maut selepas motosikalnya dipercayai dilanggar kereta yang...

Mahkamah Tolak Permohonan Kassim Ahmad

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa khas) sebentar tadi menolak semakan kehakiman aktivis politik dan sosial, Kassim Ahmad yang mencabar tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan kerana mendakwanya atas tuduhan menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Asmabi Ahmad membuat keputusan itu kerana berpendapat Mahkamah Syariahbyang mempunyai kuasa untuk membuat semakan kehakiman terhadap permohonan itu.

Pada 26 Jun tahun lalu, Kassim, 82, memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah membatalkan keputusan Ketua Pendakwa Syarie pada 27 Mac lalu yang mendakwanya atas dua pertuduhan, menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.

Selain Jamil Khir, Kassim selaku pihak pemohon turut menamakan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Ibrahim Deris; Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan kerajaan Malaysia sebagai pihak responden.

Kassim turut memohon supaya prosiding kesnya di Mahkamah Tinggi Syariah digantung sehingga permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman itu diputuskan.


Selain itu, Kassim memohon suatu perintah membatalkan tindakan dan keputusan pegawai penguatkuasa Jawi yang menyerbu, menggeledah dan menyita bahan terbitannya, memeriksa, menahan, menangkap dan mengeluarkannya dari Kedah serta membawanya ke Wilayah Persekutuan.

Beliau juga mahu suatu perintah membatalkan apa jua waran tangkap, geledah, sita dan bon yang dikenakan terhadapnya.

Kassim turut memohon suatu pengisytiharan, tindakan pencerobohan pegawai Jawi dan pendakwaan terhadapnya adalah bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Akta Syariah Wilayah Persekutuan dan Enakmen Syariah Negeri Kedah.

Beliau memohon pengisytiharan, kesalahan melanggar fatwa Wilayah Persekutuan hanya terpakai kepada pemastautin di Wilayah Persekutuan sahaja. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori