Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Nazri Beri Jaminan Sabah...

SANDAKAN - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberi...

KPM Tolak Dakwaan Pinggir...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini menegaskan tiada sebarang syarat pengisian jawatan...

Kritikan Akta Hasutan Tidak...

BACHOK - Kritikan Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden terhadap keputusan kerajaan mengekalkan...

GrabFood Perkenal Saver Delivery...

PETALING JAYA – GrabFood Malaysia merombak pilihan penghantarannya bagi meningkatkan akses dan menjadikan...

Kes Tukar Jantina, Mahkamah Benarkan Rayuan JPN

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan kerajaan untuk mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi yang membolehkan seorang wanita yang menjalani pembedahan tukar jantina diisytiharkan sebagai lelaki dan meminda digit terakhir dalam kad pengenalannya bagi menunjukkan jantina lelaki.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Zakaria Sam membenarkan rayuan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selepas mendapati rayuan itu mempunyai merit.

Oleh itu, perintah Mahkamah Tinggi diketepikan. Pada dasarnya kami bersetuju dengan penghujahan Peguam Kanan Persekutuan. Kami akan menulis alasan penghakiman dan tiada perintah berhubung dengan kos,” kata Hakim Zakaria.

Dua lagi hakim lagi ialah Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.

Pada 18 Julai, tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan saman pemula dan pengisytiharan yang difailkan oleh wanita itu supaya dia isytiharkan sebagai lelaki, Ketua Pengarah JPN diarah menukar nama wanita itu yang tertera dalam kad pengenalan, dan Ketua Pengarah JPN diarah menukar digit terakhir kad pengenalan responden kepada digit yang menunjukkan jantina lelaki.

Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa wanita itu mempunyai hak untuk menjalani kehidupan di bawah Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan dan konsep kehidupan di bawah Perkara itu hendaklah merangkumi hak plaintif untuk hidup secara bermaruah sebagai seorang lelaki dan diberi pengikhtirafan secara sah sebagai lelaki.

Wanita berusia 30 tahun itu telah menjalani pembedahan tukar jantina di Bangkok, Thailand pada 13 Okt, 2009, dan berikutan itu, dia memohon kepada JPN bagi meminda butiran dalam kad pengenalannya tetapi ditolak.


Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan Mohamad Rizal Fadzil berhujah bahawa responden (wanita) tidak menyertakan laporan perubatananya berhubung butiran kromosom yang menetapkan XY untuk lelaki dan XX untuk wanita

Beliau berhujah bahawa responden hanya mengemukakan laporan perubatan mengenai organ seksual dalaman tetapi tidak mengemukakan butiran kromosom untuk menentukan jantina.

“Responden juga tidak menyertakan laporan perubatan sebelum dia menjalani perubahan tukar jantina,” katanya sambil menambah bahawa wanita itu bertanggungjawab untuk mengemukakan segala bukti mengenai keadaan seksualnya bagi menyokong permohonan untuk meminda butiran dalam kad pengenalan.

Peguam William Lim meminta panel mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi untuk mengelakkan kekeliruan dalam kad pengenalan, nama anak guamnya ialah wanita tetapi dia telah menjalani pembedahan tukar jantina kepada lelaki dan secara fizikal dia juga berkelakuan seperti lelaki. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori