Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Manis! Isteri Erwin Carrillo,...

KAMI cukup respect dengan tindakan yang diambil oleh isteri kepada pemain bola sepak import...

Pencarum KWSP Boleh Daftar...

KUALA LUMPUR - Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang masih belum mempunyai...

2 Bulan Untuk Musa...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memberi tempoh dua bulan...

Perkembangan Kesihatan Nik Aziz...

KEADAAN mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kini dikhabarkan semakin...

Mahkamah Kekalkan Hukuman Mati “Rambo Bentong”

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap perogol bersiri digelar “Rambo Bentong” bagi sabitan membunuh remaja perempuan 17 tahun, tujuh tahun lepas.

Panel lima hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menolak rayuan terakhir Rabidin Satir terhadap sabitan dan hukuman mati ke atasnya kerana melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Ketari Bentong, Pahang, antara 10.30 malam 7 Mac dan 1.50 tengah hari pada 8 Mac, 2009.

Hakim Zulkefli berkata bukti DNA dan forensik dikemukakan pihak pendakwaan mencukupi untuk membuktikan kes itu tidak melampaui keraguan munasabah dan sabitan Rabidin adalah kukuh.

Hakim lain yang bersidang dalam panel itu ialah Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Zainun Ali dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Lelaki berumur 46 tahun itu yang mendakwa dia datang ke Malaysia dari Limbang Tambunan, Indonesia, didapati bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 6 Ogos, 2014. Dia gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 8 Okt tahun lepas.

Rabidin juga dituduh merogol remaja itu tetapi Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada pertuduhan itu kerana mahkamah tidak dapat memastikan sama ada gadis itu dirogol semasa dia masih bernyawa atau selepas kematiannya. Pihak pendakwaan tidak merayu terhadap keputusan itu.

Menurut fakta kes, remaja perempuan itu menggunakan komputernya pada malam sebelumnya dan ditemukan mati di dalam bilik oleh adik perempuannya pada keesokkannya dalam keadaan tubuhnya ditutup selimut dan ada kesan darah pada tilam.


Pakar patologi menemukan 12 kesan kecederaan dan lebam pada tubuh remaja itu dan kesan luka kelaran pada lehernya, yang menjadi punca kematiannya. Laporan forensik mendapati profil DNA Rabidin sepadan dengan DNA dalam air mani yang dijumpai pada seluar pendek remaja itu.

Rabidin ditahan pada 14 Nov, 2012 di sebuah bukit di Taman Sahbandar, Bentong dan polis menemukan tiga beg sandang mengandungi satu topeng, sepasang sarung tangan, selaras senapang buatan sendiri, sebilah pisau dan tuil besi.

Rabidin digelar Rambo Bentong kerana dia tinggal di dalam hutan seorang diri dan menggunakan pisau ‘rambo’ untuk mengugut dan menyerang mangsanya. Dia juga disabitkan bagi beberapa kesalahan rogol lain, melakukan seks di luar tabii dan mencederakan seorang anggota polis.

Dia diwakili peguam Mohd Kamarulzaman A. Wahab manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori