Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kegagalan Pahang Pada Saingan...

KUANTAN - Kegagalan Pahang FC untuk mara ke saingan Piala FA selepas tewas...

Kapak Jiran Dituduh Amal...

Hurungwe (Zimbabwe) - Seorang lelaki mati selepas dikapak jirannya kerana disyaki menyihir dia...

KJ Akan Bawa Laporan...

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata dia telah menerima laporan lengkap daripada Jabatan Peguam...

Zulin Aziz Mohon Netizen...

PELAKON Iqram Dinzly semakin mendapat perhatian negatif daripada netizen kerana sering mempamerkan perilaku...

Mahkamah New Zealand Tukar Syarat Jaminan Rizalman

Mahkamah di New Zealand menukar syarat ikat jamin tertuduh ialah Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail yang kini akan menghadapi perbicaraan dakwaan serangan seksual dan pecah rumah bulan depan.

Rizalman yang juga bekas Pembantu Staf Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand dibebaskan dengan jaminan minggu lepas, memohon untuk menukar alamat kediaman sewaktu tempoh jaminan, jangkamasa perintah berkurung dan sekatan perjalanan dalam bandar Wellington.

Pasukan pendakwa membantah permohonan Muhammad Rizalman tetapi Hakim Mahkamah Daerah Wellington, Bruce Davidson membenarkan permohonan menukar alamat.

BACA – Muhammad Rizalman Dibebas Dengan Ikat Jamin

Memetik laporan portal bnbbc.my, Davidson bagaimanapun memanjangkan tempoh berkurung waktu malam daripada jadual asal dari pukul 10 malam ke 7 pagi kepada dari pukul 7 petang hingga 7 pagi.

Hakim juga mengekalkan sekatan pergerakan Muhammad Rizalman daripada memasuki Newtown, Berhampore dan Cuba Street dalam kawasan pusat bandar.


Dia juga perlu menyerahkan passport antarabangsanya dan juga dilarang melakukan sebarang hubungan dengan mangsa serangan seksual itu.

Muhammad Rizalman dituduh melakukan serangan seksual dengan niat serta pecah rumah.

Dia ditahan polis pada 9 Mei lepas dan dituduh sehari kemudian dengan dakwaan berkenaan terhadap mangsa iaitu Tania Billingsley, 21.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua pertuduhan boleh menyebabkan Muhammad Rizalman dihukum penjara maksima 10 tahun. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori