Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Biodiesel B20 Ke Seluruh...

KUALA LUMPUR - Program penggunaan Biodiesel B20 dalam sektor pengangkutan akan diperluaskan ke...

41 Maut Puting Beliung...

DALLAS - Ribut petir melanda selatan dan tengah Amerika Syarikat (AS) sepanjang cuti...

Rasuah: Musa Berdepan 35...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dihadapkan ke...

Perancis Lancar Gerakan Cari...

PARIS - Kerajaan Perancis lewat Jumaat melancarkan gerakan baharu untuk mencari lebih banyak...

Mahfuz: Saya Bukannya Hadir Wakili PAS

SUBANG JAYA – Kehadiran Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ke persidangan meja bulat hari ini adalah atas jemputan yang diterima beliau secara peribadi dan bukan dibuat atas kapasiti PAS.

Malah menurutnya lagi, PAS tidak dimaklumkan mengenai kehadiran beliau dalam perbincangan yang menyaksikan pembentukan Pakatan Harapan.

“Mereka (PAS) tidak tahu saya datang hari ini dan saya hadir bukanlah mewakili PAS, saya datang sebagai individu yang dijemput sebagai pemerhati.

“Jemputan itu dibuat oleh presiden parti pembangkang dan saya hadir sebagai ahli pembangkang. Itu sahaja,” katanya selepas majlis pengumuman pembentukan Pakatan Harapan, semalam.

Pakatan Harapan hari ini ditubuhkan selepas rundingan meja bulat antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan pakatan pembangkang baharu di sebuah hotel di sini.

Pembentukan tersebut jelas dibuat tanpa kehadiran dan penglibatan PAS dalam persidangan meja bulat di sini.


Kata Mahfuz lagi, beliau juga tidak melihat sebab yang wajar untuk dikenakan sebarang tindakan tata tertib oleh PAS berhubung kehadirannya itu.

Mahfuz adalah satu-satunya ahli PAS yang hadir dalam perbincangan tersebut, meskipun partinya sebelum ini sudah menjelaskan untuk tidak terlibat dengan perbincangan meja bulat itu.

“Kalau ikutkan pandangan peribadi saya, saya akan katakan bahawa pakatan pembangkang harus bersatu. Mesti ada penyatuan untuk memberikan mesej yang betul kepada rakyat.

“…saya masih berharap agar semuanya bersifat terbuka. Baik DAP, Amanah, PKR dan PAS bersatu demi rakyat,” katanya lagi. – Sinar Harian Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori