Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Hilang Dikhuatiri Lemas...

MUAR - Seorang lelaki hilang dan dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaikinya terbalik...

Bianco Mimosa Busana Perkahwinan...

KUALA LUMPUR - Bianco Mimosa ditubuhkan pada 26 April 2013 dengan visi untuk...

Dakwaan Ahli Parlimen Tak...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd, menjelaskan dakwaan oleh Ahli...

731 Premis Di Hulu...

KUALA LUMPUR – Sebanyak 731 premis di beberapa kawasan di Hulu Selangor, Selangor...

MAHB Tingkatkan Keselamatan Di Lapangan Terbang

MARUDI (Sarawak) – Tahap keselamatan di lapangan terbang akan dipertingkatkan, termasuk menerusi penambahan anggota keselamatan, selain melaksanakan beberapa langkah keselamatan yang ketara dan tidak ketara.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali berkata MAHB juga melantik seorang Pengurus Besar Keselamatan Penerbangan, iaitu SAC Rosli Mohd Isa, yang baru empat bulan bertugas dengan syarikat itu.

“MAHB pinjam beliau daripada pihak polis… keselamatan lapangan terbang adalah keutamaan MAHB. Jadi anda akan lihat perkara seperti kehadiran anggota keselamatan yang lebih ketara di lapangan terbang, terutamanya di pintu masuk antarabangsa,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah keselamatan berikutan perkembangan terkini termasuk insiden keganasan di beberapa bandar utama di dunia.

Badlisham meminta penumpang supaya tidak berasa bimbang apabila melihat lebih ramai anggota keselamatan berada di lapangan terbang.


“Kerjasama pihak lapangan terbang, polis dan risikan selalu dilakukan. Insha’Allah kami akan dapat mengendalikannya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori