Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Floria Diraja Putrajaya Dijangka...

PUTRAJAYA - Pameran flora antarabangsa tersohor, Floria Diraja Putrajaya 2018 yang akan membuka...

Banjir Diramal Berlaku Tahun...

BESUT - Banjir diramal tetap berlaku di beberapa negeri termasuk di pantai timur...

33,652 Kes Direkodkan SPAD...

KUALA NERUS - Sebanyak 33,652 kes pelanggaran undang-undang direkodkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat...

Bicara Kes Peniaga Sokong...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 Februari hingga...

MAHB Bayar Caj Servis Penumpang ERL Lebih RM741 Juta

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) bagi pihak kerajaan telah mengemukakan bayaran caj servis penumpang (PSC) kepada Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) sejak 2002 hingga September 2017, dengan jumlah bayaran keseluruhan RM741,234,295.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata sejak ERL mula beroperasi, kadar purata bilangan penumpang adalah 5.4 juta orang setahun.

Namun pada 2015 terdapat peningkatan 20 peratus berbanding tahun sebelumnya 11.03 juta orang.

“Bagaimanapun, peningkatan kadar tambang ERL pada 2016 telah menyaksikan penurunan kadar bilangan penumpang sebanyak 19 peratus, menjadi 8.9 juta orang,” katanya menjawab soalan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Bandar Tun Razak) mengenai jumlah keseluruhan yang dibayar MAHB kepada ERL sejak 2002.

Abdul Aziz berkata ERL juga mengalami kerugian selepas tahun kewangan cukai selama enam tahun berturut-turut iaitu 2009 hingga 2014.

“Sehingga tahun 2016, kerugian selepas cukai terkumpul adalah RM661.34 juta,” katanya.


Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Datuk Othman Abdul (BN-Pendang) mengenai diskaun bagi tambang ERL, Abdul Aziz berkata diskaun 30 peratus ditawarkan kepada warga emas, orang kurang upaya dan pelajar.

“Bagi pengguna kerap, terdapat pas bulanan. Jika individu itu bekerja di KLIA, dia boleh dapat sehingga 82 peratus diskaun (bagi penggunaan KLIA transit).

“Selain itu, diskaun juga diberi bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan dalam talian (10 peratus) dan Visa payWave (15 peratus). Banyak kemudahan diskaun diberi kepada rakyat tempatan,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAHB

Kategori