Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PABM 2017: 25 Layak...

BANGI - Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM 2017) Piala Perdana Menteri yang...

Empat Cedera Letupan Di...

JAKARTA - Satu letupan berlaku di sebuah rumah di Tanah Abang, Jakarta menyebabkan...

Awang: Disangka Komunis Kerana...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles TELINGA Awang tiba-tiba sahaja berdesing. Mukanya berubah menjadi merah...

Warga Emas Maut Jatuh...

JOHOR BAHRU - Seorang warga emas maut dipercayai terjatuh dari tingkat 11 sebuah...

MAHB Akan Jawab Isu Dibangkitkan PAC Secepat Mungkin

SEPANG – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kini dalam peringkat penelitian dan perbincangan untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) berhubung pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

“Kami menerima dengan hati terbuka dan kini sedang meneliti setiap isu yang disuarakan oleh PAC dan berjanji akan menjawab setiap satu perkara tersebut kerana setiap isu itu bersangkutan,” kata Pengarah Urusannya Datuk Badlisham Ghazali.

“Kita tidak tahu bila, namun akan cuba memberi jawapan kepada PAC secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai melawat klia2 di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen pada 25 Nov lepas mengenai dakwaan kegagalan syarikat pengendali lapangan terbang itu menimbang status klia2 sebagai lapangan terbang kos rendah yang turut meningkatkan perbelanjaaan operasi syarikat pengendali penerbangan terbabit.

Badlisham berkata isu pemendapan di apron klia2 tidak menjejaskan operasi di lapangan terbang tersebut walaupun kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan sejak Jun lalu.


Sementara itu, Liow berkata menjadi tanggungjawab MAHB untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh PAC dengan telus dan terbuka.

“Semua isu harus dijawab oleh MAHB dan ia turut membabitkan faktor keselamatan di lapangan terbang berkenaan termasuk isu pemendapan di apron,” katanya.

Beliau berkata kos keseluruhan pembaikan tersebut masih belum diperoleh berikutan kerja-kerja pembaikan masih berjalan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=W43aD3sI5jE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori