Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Zoraya Hos Kacukan Sepanyol,...

BUAT penonton setia rancangan The Truth: Islam In Al-Andalus, pasti anda mengenali gerangan...

Jambatan Kg. Seberang Guai...

BERA - Setiap kali mahu ke rumah neneknya di Kampung Guai, Mohd Badrul...

Paha Sebesar Nangka? Jom...

APABILA bercerita mengenai tubuh badan, kebanyakan wanita pasti menzahirkan rasa kekecewaan dan ketidakpuasaan...

Pindaan Laporan Akhir Audit...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi hadir...

MAHA 2018: Iktiraf Wanita Dalam Pertanian

SERDANG – Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) akan mencatat sejarah sebagai program terbesar negara yang mengiktiraf peranan wanita dalam sektor pertanian, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

MAHA 2018 yang bertemakan ‘Segalanya Wanita’ akan diadakan selama 11 hari bermula 22 November di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Ahmad Shabery berkata 50 peratus daripada 1,500 gerai jualan pada MAHA 2018 diperuntukkan untuk usahawan wanita.

Dewan A di MAEPS, yang berkeluasan 40,000 kaki persegi pula diperuntuk bagi aktiviti, pameran dan jualan produk yang segenap dimensinya berkaitan kehidupan wanita, katanya.

“MAHA 2018 perlu menjadi titik tolak lonjakan kepada bagaimana masyarakat, kerajaan dan negara meletakkan kedudukan wanita pada satu tahap tertinggi seiring peranan dan kejayaan golongan itu dari dahulu hingga kini,” katanya ketika berucap pada prapelancaran MAHA 2018 di MAEPS di sini, hari ini.

Ahmad Shabery berkata usaha memperkasa usahawan wanita dan menonjolkan golongan itu dalam industri agromakanan negara melalui MAHA 2018 perlu direncana dengan teliti dengan memastikan setiap daripada mereka tidak tertinggal dalam perancangan yang dibuat.


Dalam sidang medianya selepas itu, Ahmad Shabery berkata kementeriannya menyasarkan menarik lebih 3.7 juta pengunjung pada MAHA 2018 dengan nilai jualan dianggarkan RM500 juta.

Beliau berkata ia sasaran realistik selepas merekodkan jualan dan perjanjian jualan kira-kira RM400 juta pada pameran MAHA dua tahun lepas. – BERNAMA

Kategori