Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Letupan Kuat Gegar Bangunan...

MESIR - Pihak keselamatan Mesir berkata, satu letupan bom kuat berlaku di sebuah...

“Kita Belum Gagal” –...

KUALA LUMPUR - "Kita belum gagal," kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail...

Tahlil Untuk Arwah Wan...

KUCHING - Keluarga Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban...

Guru Gadai Nyawa Lindungi...

SINGAPURA - Apabila batu-bata besar dan bongkah jatuh di Gunung Kinabalu semasa gempa...

MAHA 2018: Harapan Jadikan Wanita Penjana Ekonomi

ALOR SETAR – Pemilihan tema ‘Segalanya Wanita’ bagi Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) memaparkan harapan tinggi kerajaan agar wanita menjadi penjana utama ekonomi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pembangunan Usahawan Kedah Datuk Suraya Yaacob berkata selain itu pameran berkenaan juga boleh menjadi sebagai pemangkin kepada perubahan ekonomi keluarga mereka.

“Dengan adanya MAHA 2018 yang berikan tema untuk wanita, daripada wanita kepada wanita dan memberikan tumpuan kepada usahawan wanita, kita berharap mereka di luar sana, (termasuk) yang bukan usahawan pun akan tertarik dan teruja untuk melaksanakan program ekonomi mereka,” katanya.

Suraya berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri Program Jelajah Muafakat yang juga jualan sentuhan rakyat di tempat letak kereta Wisma Darulaman di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri Datuk Mohd Tajudin Abdullah.

MAHA 2018 yang bakal berlangsung pada 22 Nov hingga 2 Dis depan antara lain akan menjadi platform untuk menonjolkan usahawan wanita serta peranan golongan itu dalam industri agromakanan negara.


Sehubungan itu, Suraya berharap lebih ramai wanita di negeri ini menjadi lebih berwawasan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan sebagai usaha mengubah kehidupan keluarga masing-masing ke arah lebih baik lagi. – BERNAMA

Kategori