Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ratusan Ribu Pasang Selipar...

JAKARTA - Sebuah syarikat Indonesia, PT Pradipta Perkasa Makmur (PPM) mendakwa pihaknya secara...

Kit Siang Cakap Besar...

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Lim Kit Siang didakwa kecut perut menjelang sesi...

Kementerian Kerja Raya Kaji...

BATU  MAUNG - Kementerian Kerja Raya akan mengkaji semula semua infrastruktur projek yang telah...

3 Lagi Mayat Mangsa...

GEORGE TOWN - Tiga mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai,...

Mada Jalan Operasi Benih Awan Tingkat Paras Empangan

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) akan menjalankan operasi pembenihan awan yang menelan kos RM400,000 dalam usaha meningkatkan paras air di tiga empangan utama milik MADA.

Pengurus Besar MADA, Fouzi Ali berkata operasi yang dijalankan bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia itu menelan kos sebanyak RM400,000.

“Operasi ini akan dijalankan dalam masa terdekat sehingga pertengahan bulan November ini bagi menggalakkan turunan hujan di kawasan tadahan supaya air di Empangan Muda, Empangan Pedu dan Empangan Ahning meningkat semula.

“Sehingga pukul 8 pagi ini, kedudukan air di Empangan Muda adalah sebanyak 29.6 peratus, Empangan Pedu (33.84 peratus) dan Empangan Ahning dengan takungan sebanyak 56.83 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jumlah keseluruhan bagi tiga empangan ini berada pada 37.59 peratus.


Beliau berkata MADA juga berharap fasa peralihan monsun ketika ini dan monsun timur laut yang akan berlaku pada November ini dapat memberikan turunan hujan yang lebih banyak di kawasan tadahan empangan.

Dalam perkembangan lain, Fouzi berkata penanaman padi di Kawasan Muda bagi Musim 2/2016 yang bermula 28 Sept lalu tidak terjejas dan berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Saya ingin menyarankan supaya peladang-peladang MADA tidak melakukan pembaziran air dan dapat mematuhi jadual penanaman padi Musim 2/2016 yang telah ditetapkan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori