Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

240 Syarikat Di Perlis...

KANGAR - Sebanyak 240 syarikat yang mencatat nilai jualan tahunan melebihi RM5 juta...

JPJ Ambil Tindakan Kesalahan...

MELAKA - Sebanyak 102 kes melibatkan kesalahan tatatertib anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan...

Habis Ambil Emas, Tinggalkan...

KUALA LIPIS - Jika membelok masuk ke simpang Kampung Gua, Kuala Lipis, di...

Lelaki Mati Ditembak Di...

KUALA LUMPUR – Seorang daripada dua lelaki yang menunggang motosikal melepaskan beberapa das...

Macau Scam: Ahli Perniagaan Rugi RM780,000

BAGAN SERAI – Seorang ahli perniagaan berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM780,000 lesap selepas terpedaya dengan sindiket penipuan ‘Macau Scam’ pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata mangsa berusia 58 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki mendakwa pegawai bank pada 9.30 pagi yang mengatakan mangsa mempunyai hutang kad kredit berjumlah RM3,970.79.

Mangsa kemudian mendedahkan butiran peribadinya kepada suspek selepas diberitahu kes akan dirujuk kepada Bank Negara Malaysia untuk tindakan lanjut, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Omar Bakhtiar berkata kira-kira 11 pagi hari yang sama, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mengaku pegawai polis dan mengarahkan mangsa memindahkan wang dalam akaun banknya jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang.

“Mangsa kemudian memindahkan wang berjumlah RM780,000 yang disimpannya dalam akaun bank sejak 30 tahun lalu melalui tiga transaksi ke tiga buah bank milik suspek,” katanya.

Menurut Omar Bakhtiar, individu yang menyamar sebagai pegawai polis itu berjanji akan memulangkan duit mangsa dalam tempoh 24 jam, namun mangsa tidak menerima wang tersebut sebaliknya diminta oleh suspek untuk memasukkan tambahan RM120,000 lagi.


Pelik dengan tindakan suspek, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian pada hari yang sama, katanya, menambah kes disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Omar Bakhtiar berkata sejak awal tahun ini, pihaknya menerima empat laporan kes penipuan Macau Scam melibatkan kerugian RM786,100, polis telah membuka tiga kertas siasatan.

“Tahun lalu polis menerima 63 laporan polis berkaitan sindiket penipuan Macau Scam yang menyamar pegawai bank dengan membabitkan kerugian berjumlah RM409,500. Susulan itu empat tangkapan telah dibuat dan dua kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya. – BERNAMA

Kategori