Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

13 Kes Baharu Covid-19,...

JANGKITAN baharu Covid-19 dalam negara merekodkan 13 kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif...

Banjir Di Kelantan Buruk,...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di pantai timur terutama Kelantan bertambah buruk dengan...

Makmal Proses Dadah Dibongkar,...

GEORGE TOWN - Polis membongkar sebuah makmal memproses dadah berikutan penahanan dua lelaki...

Kejayaan Pembangunan Terletak Di...

KUCHING - Persepsi bahawa kejayaan pembangunan di kawasan terletak sepenuhnya di bahu wakil...

Maahad Tahfiz Bota Kiri Diharap Teruskan Legasi

PARIT – Maahad Tahfiz Al-Quran Addin yang sedang dibina di Kampung Seri Kaya, Bota Kiri dekat sini diharap dapat meneruskan legasi kampung itu melahirkan guru-guru agama tersohor.

Menegaskan demikian, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdu lRahman berkata, “Kita mahu meneruskan legasi yang dahulunya kampung ini terkenal dengan guru-guru agama yang tersohor.

“Mereka pernah menabur bakti membina masyarakat di kampung ini terutamanya dalam aspek kenegaraan” tambahnya.

Maahad Tahfiz Addin itu dibina di atas tanah wakaf seluas 0.4 hektar yang bernilai RM1.8 juta.

Katanya maahad itu adalah sekolah ke-16 yang dibina di bawah Yayasan Addin, dan pembinaannya dibuat secara berperingkat.


Fasa pertama sekolah itu dijangka siap pada Februari tahun hadapan, kata Ibrahim kepada pemberita selepas menghadiri majlis sumbangan pembinaan sekolah tahfiz itu di sini, hari ini.

Sementara itu, pengerusi sekolah tahfiz berkenaan, Shihabudin Alang Mat Diah berkata sekolah itu dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada bulan Jun tahun hadapan dengan pengambilan kumpulan pertama seramai 35 pelajar.

Sekolah itu boleh menempatkan sehingga 100 pelajar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori