Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan P.Pinang Perlu Pantau...

GEORGE TOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP perlu memantau aktiviti syarikat...

Scott Sunderland Menang Peringkat...

KUALA TERENGGANU - Pelumba Australia, Scott Sunderland daripada IsoWhey Sports SwissWellness Cycling Team...

Trafik Penumpang MAHB Susut...

KUALA LUMPUR – Rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) (termasuk SGIA...

Caj 90 Sen Bil...

KUALA LUMPUR - Caj sebanyak 90 sen yang dikenakan ke atas penduduk Pulau...

LPKP Sabah Tingkat Operasi Tangani Kereta Teksi Sapu

KOTA KINABALU – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah akan meningkatkan operasi bagi menangani kehadiran kereta sapu atau teksi haram di kawasan bandar dan luar bandar.

Pengerusinya Datuk Raimi Unggi berkata pelbagai aduan telah diterima daripada orang ramai serta pengusaha bas dan teksi yang meminta penguatkuasaan dilakukan bagi mengatasi masalah itu.

“Isu tersebut perlu diatasi untuk mengelakkan kerugian dan saingan kepada pengusaha syarikat bas atau teksi yang mempunyai permit yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Raimi berkata terdapat peningkatan dalam permohonan lesen perdagangan kenderaan di negeri ini sekali gus menunjukkan sambutan menggalakkan orang ramai terhadap industri perkhidmatan pengangkutan awam.

“Pihak LPKP perlu menambah baik sistem yang sedia ada agar permohonan-permohonan lesen ini dapat dipercepatkan pengurusannya dari semasa ke semasa.


Untuk meningkatkan mutu dan perkhidmatan pengangkutan awam di negeri ini, agensi-agensi kerajaan diharap dapat memberi kerjasama baik dengan pihak LPKP Sabah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori