Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penganjuran Sukim Wajar Diteruskan...

TANJUNG MALIM - Penganjuran Sukan India Malaysia (Sukim) dilihat wajar diteruskan bagi mengetengahkan...

Nurul Izzah Positif Covid-19

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengesahkan dirinya positif...

Anak Sulung Bela Awie,...

EPISOD pergolakan rumah tangga vokalis kumpulan Wings, Awie dan Rozana Misbun terus berlanjutan apabila...

[TIDAK RASMI]PRN Johor :...

PETALING JAYA – Satu-satunya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Pas pada...

Lihat Jauh Dari Sempadan Untuk Maklumat – Mahathir

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, orang ramai tidak sepatutnya dihalang oleh sempadan dalam mencari maklumat.

“Sebagai insan di dunia ini, kita perlu melihat lebih jauh melepasi sempadan untuk mendapatkan maklumat,” katanya dalam pesanan video yang dimainkan semasa perasmian Kongres Perpustakaan dan Maklumat Dunia (WLIC) 2018 di sini hari ini.

Beliau juga menggesa pihak yang berkenaan agar bekerjasama bagi memastikan maklumat yang boleh diperoleh secara percuma untuk sesiapa jua dapat dilindungi dan dipelihara.

Dr Mahathir berkata perpustakaan sering mempunyai tempatnya di setiap peradaban yang terkenal.

“Malahan, tanpa perpustakaan kita akan kehilangan tanda peradaban kita,” katanya dalam perutusan kepada hadirin kongres itu.

Bertahun-tahun lamanya, perpustakaan berkembang dengan pesat dan sekarang ini ia tidak lagi bertindak sebagai gudang buku sahaja tetapi ia juga sebagai entiti pusat bagi perolehan maklumat dan pengetahuan.


“Dengan pembangunan yang pesat dalam penyelidikan dan teknologi maklumat, perpustakaan di seluruh dunia telah bertukar bukan sahaja dalam peranan dan fungsinya tetapi dalam bentuk kandungan dan penampilannya,” kata Perdana Menteri.

WLIC 2018 dirasmikan oleh Presiden Pertubuhan Antarabangsa Persatuan dan Institusi Perpustakaan (IFLA), Gloria Perez-Salmeron.

Pihak penganjur berkata lebih 3,000 peserta dari 102 negara mendaftar untuk kongres yang berlangsung dari 24-30 Ogos untuk membincang, membahas dan bertukar pendapat mengenai isu profesional yang berkaitan dengan profesyen perpustakaan. – BERNAMA

Kategori